Sunday 31 July 2011

PELANJUTAN TEMPOH SAHLAKU TAWARAN SKIM BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UiTM TAHUN 2010/2011

sy br dpt email dr uitm ttg perkara ni..ni utk calon2 tpm sesi 2010 yg belum smbg belajar lg..bkn yg thn ni.
Semua Penerima Tawaran
Skim Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM Tahun 2010/2011
Tuan/Puan,

PELANJUTAN TEMPOH SAHLAKU TAWARAN SKIM BIASISWA TENAGA PENGAJAR
MUDA UiTM TAHUN 2010/2011

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk kepada arahan Kementerian Pengajian Tinggi (surat
[JPT.S(BPKP)200/400/016/03 J1d.3(27)] bertarikh 15 Oktober 2010) berhubung perubahan
sesi akademik institusi pengajian tinggi bagi kemasukan pelajar lepasan SPM/setaraf dan
lepasan STPM/setaraf, dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Latihan & Pembangunan
Staf (Induk) UiTM telah meluluskan pelanjutan tempoh sahlaku tawaran Biasiswa Tenaga
Pengajar Muda bagi tahun 2010/2011 daripada 30 Jun 2011 dan 31 Julai 2011 kepada 30
September 2011.

3. Sukacita dapat pihak tuan/puan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan
pihak tuan/puan dapat memulakan pengajian dalam tempoh sahiaku yang telah ditetapkan.
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya pihak tuan/puan gagal memulakan pengajian dalam
tempoh tersebut, tawaran biasiswa berkenaan adalah TERBATAL.
4 Pihak tuan/puan juga diminta untuk mengemukakan dokumen perjanjian dan
dokumen lain yang berkaitan kepada pihak Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
(JPbSM) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tuan/puan memulakan pengajian.
5. Sila abaikan pelanjutan tempoh sahlaku ini sekiranya tuan/puan telah memulakan
pengajian.

Sekian, harap maklum dan selamat maju jaya.

No comments:

Post a Comment