Sunday 11 September 2011

KEPUTUSAN BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UITM 2011 SUDAH KELUAR

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya mendapat tawaran biasiswa tenaga pengajar muda uitm untuk tahun 2011. untuk pengetahuan semua, surat tawaran tpm 2011 sudah mula diedarkan bermula awal bulan september 2011 ini, tetapi edaran surat tawaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fakulti masing-masing.

pengedaran dibuat mengikut tarikh interview di mana sesi temuduga yang awal akan terlebih dahulu mendapat keputusan. setakat ini calon yang sudah menerima tawaran merupakan calon-calon yang menjalani sesi temuduga pada bulan mac 2011 dan april 2011.

tetapi harus diingatkan tidak semua surat tawaran yang ditemuduga pada bulan tersebut sudah diedarkan kerana ianya masih lagi dalam proses.

ingin dinyatakan di sini untuk biasiswa tpm ini, beberapa proses perlu dilakukan untuk mendapatkan calon-calon yang terbaik. proses-proses adalah seperti berikut
1. sesi permohonan tpm 2011
2. temuduga dengan pihak fakulti
3. tapisan dan pemilihan dari fakulti
4. nama calon yang dipilih oleh fakulti akan dihantar ke jpbsm
5. jpbsm akan membuat tapisan sekali lagi
6.edaran surat tawaran kepada calon-calon yang berjaya