Saturday 22 August 2015

BIASISWA KOMANWEL DI UNITED KINGDOM 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini JPA sekali lagi telah menerima tawaran Biasiswa Komanwel Di United Kingdom 2016 bagi Pengajian Peringkat Sarjana dan Kedoktoran.Sehubungan dengan itu, permohonan program ini dibuka mulai 20 Ogos 2015 sehingga 19 November 2015.

Syarat-syarat Permohonan

Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Commonwealth Scholarships.
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur Commonwealth Scholarships Commission dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
(a) Berkhidmat secara tetap;
(b) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
(c) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
(d) Umur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada tarikh tutup permohonan;
(e) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Markah keseluruhan IELTS tidak kurang 6.5 bagi peperiksaan yang diambil selepas 1 Oktober 2014;
(f) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014);
(g) Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan. (dikira dari tarikh permohonan);
(h) Telah mengisytiharkan harta;
(i) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
(j) Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA.