Saturday 16 May 2015

BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND TAHUN 2015

Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur New Zealand Commanwealth Scholarships.
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur New Zealand Commanwealth Scholarships dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
(a) Berkhidmat secara tetap;
(b) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
(c) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
(d) Berumur tidak melebihi 39 tahun pada tahun memulakan pengajian;
(e) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut(2012, 2013 & 2014). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
(f) Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan. (Dikira dari 19 Jun 2015);
(g) Telah mengisytiharkan harta;
(h) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
(i) Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA.