Tentu ramai yang tidak tahu dan ingin tahu apakah status calon tpm uitm selepas habis pengajian.Apabila anda bersetuju dan menandatangani kontrak tpm uitm bermakna anda sudah pun terikat untuk berkhidmat dengan uitm minimum selama tujuh tahun selepas tamat pengajian, dan sebagai balasan pihak uitm akan menanggung semua kos semasa pengajian anda dan juga pemberian elaun.
Biasanya pengajian anda ditanggung oleh pihak uitm mengikut tempoh pengajian, contohnya 1 setengah tahun untuk master by coursework,2 tahun untuk master by research, dan 3 tahun untuk phd.sekiranya anda boleh habis pengajian tepat pada tempoh yang diberi, anda dikehendaki melapor diri di JPBSM dengan segera.Apabila anda sudah melapor diri, anda akan terus dihantar untuk berkhidmat di cawangan-cawangan uitm seluruh negara.Tetapi persoalannya apakah status anda pada masa ini?tetap atau kontrak?
untuk pengetahuan semua, 6 bulan pertama anda berkhidmat, status anda masih lagi pensyarah kontrak di mana dalam tempoh ini, anda akan dinilai oleh pihak cawangan uitm sebelum anda diserap ke jawatan tetap. Gred gaji anda juga masih lagi DM 41 untuk tpm by master.Selepas habis 6 bulan, anda akan ditemuduga terlebih dahulu dan barulah diserap ke jawatan tetap dengan gred gaji DM 45.
Selesai sudah penerangan untuk calon yang berjaya habis pengajian tepat pada tempoh yang diberi, tetapi bagaiman pula sekiranya anda tidak dapat menghabiskan pengajian anda tepat pada tempoh yang diberi?
bagi yang tidak dapat habis pengajian tepat pada tempoh yang diberi.anda juga perlu melapor diri ke JPBSM selepas tempoh tamat. Anda juga akan dihantar ke cawangan walaupun masih dalam pengajian dimana anda perlu berkhidmat sambil berusaha menghabiskan pengajian anda. Anda juga akan berstatus pensyarah kontrak dengan gred gaji sama dengan yang di atas. cuma tempoh yang diberi untuk anda menghabiskan pengajian adalah selama setahun selepas dihantar berkhidmat ke cawangan dan sekiranya anda masih lagi tidak dapat menghabiskannya kontrak anda akan terbatal.
tetapi perlu diingatkan semuanya bergantung pada fakulti.kalau banyak kekosongan mungkin anda amat diperlukan.
harap penerangan ini membantu..terima kasih.
BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH SKIM YANG DITAWARKAN OLEH UITM KEPADA CALON-CALON YANG BERMINAT UNTUK MENJADI PENSYARAH DI UITM.SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH HASIL KERJASAMA PIHAK KPT DAN UITM.Blog ini bukanlah blog rasmi biasiswa skim tenaga pengajar muda uitm.ianya hanyalah blog khas untuk memberi sebarang maklumat mengenai tenaga pengajar muda samada untuk yang baru nak apply,yang dah apply dan yang berminat mengenainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya berminat memohon untuk TPM UITM..bagaimana caranya ye..
ReplyDeletegred gaji DM41 utk tpm by master, bagaimana dengan tpm by PhD? sama?
ReplyDeleteSaya tidak sempat menghabiskan master by research dlm tempoh 2 thn(sehingga disember 2011-tamat biasiswa TPM). Namun saya dimaklumkan oleh dekan fakulti bahawa saya terpaksa bekerja dengan private sector dan hanya akan layak utk report duty selepas result viva dari senat. Hal ini amat mengecewakan saya. Saya harap pihak JPbSM dapat memberi sedikit penerangan dan penjelasan.
ReplyDelete