KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam  (SBPA) yang berkuat kuasa Januari depan adalah skim terbaik yang  disediakan kerajaan untuk penjawat awam berbanding sektor awam negara  lain.
Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk  Yeow Chin Kiong berkata antara kebaikan yang terdapat dalam skim  berkenaan ialah penjawat awam bertaraf pencen tidak perlu membuat  caruman sepanjang perkhidmatan selain diberi kemudahan perubatan di  hospital kerajaan seumur hidup termasuk tanggungan mereka.
"Di negara lain, penjawat awam perlu mencarum kepada dana sepanjang  perkhidmatan...kos perubatan pun mereka bayar sendiri atau beli insurans  sendiri berbanding di Malaysia," katanya pada program Ala Carte Pagi  Bernama Radio24 Jumaat.
Beliau menjelaskan kerajaan menyediakan skim persaraan dan  memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pembayaran pencen kerana tidak  mahu penjawat awam bimbang keadaan kewangan selepas bersara.
"Kita mahu (penjawat awam) tumpukan perhatian 100 peratus kepada kerja dan tugas semasa bekerja," katanya.
Yeow turut menasihatkan penjawat awam agar tidak melakukan kesalahan  yang boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti dibuang kerja kerana ia  akan menjejaskan faedah persaraan.
Menjawab soalan mengenai penjawat awam yang menyuarakan tidak puas hati  dengan skim saraan pencen di negara ini, beliau berkata mereka tidak  wajar berbuat demikian kerana kerajaan telah merancang masa depan lebih  terjamin buat mereka.
"Buat masa ini apa yang kita berikan lumayan sekiranya kita (penjawat  awam) tidak ada apa-apa tanggungan semasa persaraan. Dengan menggunakan  nilai gaji akhir yang paling rendah pun, kita dibekalkan dengan bekalan  hidup RM1,000 sebulan.
"Isunya sekarang di mana kita bermastautin dan sama ada kita ada  tanggungan-tanggungan kewangan yang berat. Ini semua hal ehwal rancangan  untuk masa depan kita," katanya.
BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH SKIM YANG DITAWARKAN OLEH UITM KEPADA CALON-CALON YANG BERMINAT UNTUK MENJADI PENSYARAH DI UITM.SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH HASIL KERJASAMA PIHAK KPT DAN UITM.Blog ini bukanlah blog rasmi biasiswa skim tenaga pengajar muda uitm.ianya hanyalah blog khas untuk memberi sebarang maklumat mengenai tenaga pengajar muda samada untuk yang baru nak apply,yang dah apply dan yang berminat mengenainya.
