Thursday 21 May 2015

Semakan Calon Layak Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan Dengan Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (HLP CBBP)

Kementerian Pendididkan Malaysia menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara dan Universiti Luar Negara bagi Sesi Pengajian Tahun 2016. Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

SEMAKAN BOLEH DIBUAT DI PAUTAN INI

Sunday 17 May 2015

TIPS FOR WRITING GOOD JOURNAL PAPERS AND ARTICLES (ELSEVIER)

Reporting results in a scientific journal is a process common to researchers in all disciplines. However, many scientific papers fail to communicate research work effectively. Pitfalls include using complicated jargon, including unnecessary details, and writing for your highly specialized colleagues instead of a wider audience.

Effective research articles are interesting and useful to a broad audience, including scientists in other fields. This infographic presents tips to help you write papers people will want to read.

Saturday 16 May 2015

BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND TAHUN 2015

Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur New Zealand Commanwealth Scholarships.
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur New Zealand Commanwealth Scholarships dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
(a) Berkhidmat secara tetap;
(b) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
(c) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
(d) Berumur tidak melebihi 39 tahun pada tahun memulakan pengajian;
(e) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut(2012, 2013 & 2014). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
(f) Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan. (Dikira dari 19 Jun 2015);
(g) Telah mengisytiharkan harta;
(h) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
(i) Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA.

Saturday 9 May 2015

MyBrain15 Penjawat Awam (Tetap)

MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023 selaras dengan agenda "Malaysia sebagai Pusat kepada Perkembangan Pengetahuan dan Inovasi". Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan. Program ini merupakan insentif yang diberikan Kerajaan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota masyarakat seiring dengan matlamat pembangunan ekonomi negara di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu ekonomi berteraskan inovasi.

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.

KLIK DI SINI UNTUK KETERANGAN LANJUT