Wednesday 7 March 2012

Permohonan biasiswa kerajaan Jepun dibuka

KUALA LUMPUR: Permohonan untuk mendapatkan biasiswa kerajaan Jepun bagi rakyat Malaysia yang mahu melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama dan pascaijazah sesi akademik 2013 di negara itu, kini dibuka.

Kedutaan Jepun, dalam satu kenyataan di sini, menyatakan biasiswa Monbukagakusho untuk ijazah pertama itu terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia atau O-Level dengan sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan rasmi dan juga lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil Peperiksaan Bersepadu, Matrikulasi dan Diploma.

Pemohon mesti berusia antara 17 dan 22 tahun pada 1 April 2013 dan mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Permohonan mesti tiba di kedutaan sebelum 4 petang pada 13 April ini, kata kenyataan itu hari ini.

Calon yang layak akan menerima elaun 117,000 yen (kira-kira RM4,300) bagi tempoh lima hingga tujuh tahun pengajian, bermula April tahun depan.

Sementara itu, bagi pemohon peringkat pascaijazah, mereka mesti berusia di bawah 35 tahun pada 1 April 2013, memiliki ijazah sarjana muda kelas pertama atau kelas kedua tinggi, dan penuntut ijazah pertama yang kini di tahun akhir pengajian.

Menurut kenyataan itu, penjawat awam juga layak memohon menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam dengan melayari laman web www.jpa.gov.my atau menghubungi talian 03-8885 3432.

Pemohon yang layak akan menerima elaun 143,000 yen (kira-kira RM5,300) bagi tempoh setahun setengah hingga dua tahun kursus, bermula April atau Oktober 2013.
Tarikh akhir permohonan bagi bukan penjawat awam ialah sebelum 4 petang pada 6 April dan 30 Mac untuk penjawat awam.

Mereka yang berminat boleh dapatkan borang di Kedutaan Jepun di sini atau memuat turun dan mencetaknya daripada laman web www.my.emb-japan.go.jp, atau menghantar sampul surat beralamat sendiri dan bersetem 80 sen ke Japan Information Service, Kedutaan Jepun, No. 11 Persiaran Stonor Off Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur

Pemohon mesti menulis "Undergraduate" atau "Postgraduate" pada sudut atas sebelah kiri semua sampul surat sebelum menghantarnya.

Maklumat lanjut juga boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-2177 2600 (samb 146 bagi ijazah pertama, dan 157 untuk pascaijazah). - BERNAMA

Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA: Lepasan Ijazah / Pasca Ijazah / Post Grad Ke Luar Negara

Salam,
BERITA BAIK untuk semua!!
Sesiapa yang memiliki kelayakan diploma ke atas, anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Luar Negara dengan pinjaman pelajaran dari MARA. Rebutlah peluang keemasan ini untuk malanjutkan pelajaran bagi meningkatkan keupayaan diri & menimba pengalaman di luar negara.

Berikut adalah detail2 nya.

MAJLIS AMANAH RAKYAT
PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH
PROGRAM PASCA SISWAZAH LUAR NEGARA 2012


MARA juga ingin membantu calon yang mempunyai latarbelakang cemerlang dari segi akademik, ko-kurikulum dan sahsiah diri, berfikiran inovatif dan kreatif, serta mahu melakukan anjakan paradigma dalam diri sendiri, untuk sama-sama terlibat secara langsung dalam meneraju negara ke arah kecemerlangan.

Sehubungan dengan itu, calon-calon adalah dipelawa untuk memohon pinjaman pelajaran boleh ubah bagi membiayai pengajian ke peringkat Sarjana, Profesional dan Doktor Falsafah di universiti luar negara berdasarkan syarat-syarat di bawah:

Syarat-syarat kelayakan >> Klik Disini
Online Application >> Klik Disini

PERMOHONAN
  • Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 5 Mac 2012 – 16 Mac 2012.
  • Pemilihan bagi calon yang berjaya adalah melalui 2 saringan iaitu melalui Ujian Penilaian Psychometric dan Temuduga.
  • Keputusan calon yang berjaya untuk menduduki Ujian Penilaian Psychometric boleh di semak mulai 23 Mac 2012 di laman web MARA http://www.mara.gov.my
  • Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 31 Mac 2012 adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.


Makluman Penting
Permohonan Tajaan MARA Program Pasca Siswazah ke Institusi Terkemuka Luar Negara adalah untuk pemohon yang mempunyai kelayakan diploma dan ke atas sahaja. Permohonan ini akan ditutup pada
16 Mac 2012.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi:-
Unit Penajaan/Unit Dasar & Pembangunan ICT
Telefon: 03-26134211/34372 (8am - 5pm) atau Email: informasibpp@mara.gov.my