Wednesday, 11 July 2012

Iklan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM 2013 sudah dibuka

UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda Universiti Teknologi MARA Tahun 2013 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/ Profesional dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM.

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM mulai 12 Julai 2012. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Julai 2012. Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.

CARA-CARA MEMOHON

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://www.uitm.edu.my/ mulai 12 Julai 2012. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Julai 2012.Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti yang diiklankan
Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.