Tuesday 19 June 2012

KELAYAKAN MEMOHON TENAGA PENGAJAR MUDA UITM TAHUN 2010 DAN 2011

KELAYAKAN MEMOHON


1.             Calon-calon mestilah mempunyai

a)            Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan peringkat Ph.D).

b)            Ijazah Sarjana Muda dengan  Kepujian dari universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).

2.         Calon-calon lulusan Sarjana Muda (Kepujian) mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Dua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.

3.             Bagi kursus-kursus Pergigian, calon-calon mestilah mempunyai kelulusan Ijazah Pergigian dari universiti yang diiktiraf.

4.             Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM.

5.             Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Firma atau badan-badan lain.

6.             Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.

7.            Berumur tidak lebih daripada 35 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D.  Berumur tidak lebih daripada 30 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.  Bagi kursus Pergigian calon-calon hendaklah berumur tidak lebih daripada 35 tahun