Thursday 24 November 2011

Iklan Tawaran Biasiswa SLAB/SLAI-KPT 2010/2011(UNIMAP)

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA.SKIM YANG DITAWARKAN OLEH UNIMAP INI ADALAH SAMA DENGAN SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UITM KERANA DUA-DUA ADALAH DIBAWAH TAJAAN KPT.KEPADA YANG BERMINAT BOLEH MENCUBA NASIB DENGAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN ANDA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
TAWARAN BIASISWA UniMAP/SLAB & SLAI-KPT
BAGI TAHUN 2010/2011
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang ingin membina kerjaya sebagai Pensyarah Universiti, serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) atau Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) 2010/2011 anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi mengikuti kursus-kursus Sarjana/Ijazah Kedoktoran dalam bidang-bidang berikut:
Kejuruteraan Mikroelektronik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Metalurgi, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Kejuruteraan Elektronik Industri, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Biosistem (Kejuruteraan Pertanian), Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, Kejuruteraan Struktur, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanosains, Kejuruteraan Nanobioteknologi, Perniagaan, Keusahawanan, Ekonomi, Kewangan & Perbankan, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia, Pemasaran, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Komunikasi & Teknologi Maklumat, Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan, Hubungan Etnik, Tamadun Islam, Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa, Psikologi, Kaunseling
  
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Calon-calon mestilah mempunyai:
a. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).
b. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
c. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan atau Keusahawanan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).
d. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan atau Keusahawanan, Ekonomi, Kewangan & Perbankan, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia dan Pemasaran dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
e. Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Ijazah Sarjana Muda Sains atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).
f. Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Ijazah Sarjana Muda Sains atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
2. Memperolehi kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.
3. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D dan tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.
4. Menyertakan cadangan penyelidikan yang lengkap.
5. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE.
6. Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Firma.
7. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
8. Calon yang masih belum tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda tidak layak memohon.

CARA-CARA MEMOHON
Borang permohonan beserta maklumat berkaitan elaun serta kemudahan-kemudahan yang diperolehi di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera/IPTA boleh diperolehi sama ada dengan datang sendiri atau melalui pos dengan mengemukakan sampul surat berukuran 25cm x 32cm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri kepada:-
Jabatan Pendaftar
  Universiti Malaysia Perlis
  Tingkat 1, Bangunan KWSP
  Jalan Bukit Lagi
  01000 Kangar
Perlis
(Sila catatkan SLAB & SLAI/UniMAP 2010/2011 dan nyatakan bidang pengkhususan di sudut kiri sampul surat permohonan)
Borang juga boleh diperolehi di sini :- ( Borang Permohonan )
PERMOHONAN ADALAH DIBUKA SEPANJANG TAHUN

PERINGATAN
1. Pemohon adalah dikehendaki membuat persediaan awal dengan mengambil peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan) dan juga telah mendapat tawaran pengajian di universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
2. Borang-borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Sistem Pemantauan Kemajuan Pelajar (SLAB/SLAI) Dibuka

Sistem ini boleh digunapakai oleh semua pelajar tajaan KPT, pegawai IPT yang terlibat dalam pengendalian urusan pelajar, dan pegawai yang berkhidmat di Edu Malaysia. Maklumat yang dikemaskini adalah berdasarkan format laporan prestasi pelajar yang disediakan oleh kementerian sahaja (P.S.D. Form). Pelajar boleh membuat semakan melalui nombor kad pengenalan, manakala pihak Edu Malaysia boleh membuat semakan melalui log ID dan kata laluan yang diberi oleh Bahagian Biasiswa melalui emel.

SEMAK SINI

Keputusan Permohonan MyBrain15 Bil. 07/2011

Untuk calon yang memohon MyBrain 15, anda boleh menyemak keputusan sekarang dengan melayari laman web mohe.KLIK SINI untuk terus ke bahagian semakan

Wednesday 23 November 2011

Kajian Malaysian Soft Skills Scale (My3S)

Perhatian  kepada pelajar semester satu warganegara malaysia, program sarjana muda uitm, sesi kemasukan september 2011

Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi sedang melaksanakan Kajian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) mulai 15 November hingga 11 Disember 2011.

Oleh itu Semua Pelajar Semester Satu (1)  Warganegara Malaysia bagi Program Sarjana Muda UiTM, Sesi kemasukan September 2011 adalah diwajibkan untuk melayari laman sesawang  di alamat http://jpt.mohe.gov.my/my3s dan melaksanakan kajian tersebut dengan mendaftar menggunakan nombor kad matrik pelajar sebagai nama pengguna dan nombor kad pengenalan sebagai kata laluan.

Sekiranya menghadapi masalah sila rujuk pegawai di fakulti/cawangan/kampus UiTM negeri masing-masing

Kerjasama diucapkan terima kasih. Sekian.

Prof. Madya Dr Roziah Mohd Janor
Pengarah Hal Ehwal Kurikulum
Unit Hal Ehwal Kurikulum
Bahagian Hal Ehwal Akademik,UiTM

Tuesday 22 November 2011

TENTATIVE PROGRAM MY BRAIN 15

Time
23 November · 08:30 - 12:00

Location

Created by:

More info
8.30 pagi Pendaftaran

9.00 pagi Taklimat 1 – Pengenalan Program Pengajian Pasca Siswazah
Oleh : Profesor Madya Dr Zuhaina Zakaria,
Timbalan Dekan, Institut Pengajian Siswazah (IPSis)

9.30 pagi Taklimat 2 – Peluang Biasiswa
Oleh: En. Suharmi Bin Ismail,
Ketua Penolong Setiausaha-Bahagian MyBrain15,
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

10.00 pagi Rehat


10.15 pagi Taklimat 3 - Pengenalan kepada Penyelidikan
Oleh: Dr Zulhabri Ismail,
Fello Penyelidikan (Persidangan),
Institut Pengurusan Penyelidikan

11.30 pagi Taklimat 4 – Persediaan Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan
Oleh : Dr Mohd Khairul Mohd Salleh
Fello Penyelidikan (Interdisciplinary),
Institut Pengurusan Penyelidikan

12.30 tengah hari Sesi soal jawab & Bersurai

Monday 14 November 2011

VC's Honorary Doctorate from Stuttgart

Our Vice Chancellor, Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, FASc., will be conferred the Honorary Doctor of Engineering by the University of Stuttgart in Germany.  The ceremony will be held in Stuttgart on 18 November 2011. The conferment will thus make our Vice Chancellor the first Malay recipient to have been given such honour by Stuttgart, and also the first from Asia. The recognition is the outcome of Dato' Sahol's  immense contributions in civil engineering, particularly in the areas of scientific research, achievements in the field of hydraulic engineering and the management of water resources.

It is hoped that the conferment of such prestigious honour, which has been acquired through recommendations from Stuttgart's Faculty of Civil and Environment Engineering, will pave the way for other members of the academe throughout the country to take Malaysia and the university they represent to greater heights by being forerunners in the frontiers of knowledge of the 21st century.

Friday 11 November 2011

Perhatian Kepada Alumni UiTM Tahun 2006 – 2010

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi sedang menjalankan Kajian Pengesanan Graduan Susulan ( SKPG II ) buat kali kedua. Kajian ini bermula dari 15 Ogos hingga 30 November 2011 mensasarkan graduan yang telah menamatkan pengajian lebih daripada setahun, graduan menganggur dan juga graduan yang sedang mencari pekerjaan yang lebih baik. Hasil dari kajian ini, ianya diharap dapat menunjukkan status graduan dari aspek pekerjaan dan perkembangan kerjaya setelah lebih setahun mereka menamatkan pengajian.

Untuk   menghasilkan dapatan kajian  yang   relevan   pihak  KPT  memerlukan   bilangan  responden  yang  ramai.   Justeru   itu   kerjasama   dari   pihak   tuan/puan  amat  diperlukan  dan  dihargai  untuk  menghebahkan   butiran  mengenai   kajian   ini  dengan membuat pautan laman sesawang UiTM ke laman rasmi kajian ini iaitu http://graduat.mohe.gov.my/kajiansusulan

Segala kerjasama dan komitmen daripada tuan/puan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

PROF IR DR HJ ABDUL RAHMAN OMAR
Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan & Inovasi)

Thursday 3 November 2011

APAKAH STATUS CALON TPM UITM SELEPAS HABIS PENGAJIAN?

Tentu ramai yang tidak tahu dan ingin tahu apakah status calon tpm uitm selepas habis pengajian.Apabila anda bersetuju dan menandatangani kontrak tpm uitm bermakna anda sudah pun terikat untuk berkhidmat dengan uitm minimum selama tujuh tahun selepas tamat pengajian, dan sebagai balasan pihak uitm akan menanggung semua kos semasa pengajian anda dan juga pemberian elaun.

Biasanya pengajian anda ditanggung oleh pihak uitm mengikut tempoh pengajian, contohnya 1 setengah tahun untuk master by coursework,2 tahun untuk master by research, dan 3 tahun untuk phd.sekiranya anda boleh habis pengajian tepat pada tempoh yang diberi, anda dikehendaki melapor diri di JPBSM dengan segera.Apabila anda sudah melapor diri, anda akan terus dihantar untuk berkhidmat di cawangan-cawangan uitm seluruh negara.Tetapi persoalannya apakah status anda pada masa ini?tetap atau kontrak?

untuk pengetahuan semua, 6 bulan pertama anda berkhidmat, status anda masih lagi pensyarah kontrak di mana dalam tempoh ini, anda akan dinilai oleh pihak cawangan uitm sebelum anda diserap ke jawatan tetap. Gred gaji anda juga masih lagi DM 41 untuk tpm by master.Selepas habis 6 bulan, anda akan ditemuduga terlebih dahulu dan barulah diserap ke jawatan tetap dengan gred gaji DM 45.

Selesai sudah penerangan untuk calon yang berjaya habis pengajian tepat pada tempoh yang diberi, tetapi bagaiman pula sekiranya anda tidak dapat menghabiskan pengajian anda tepat pada tempoh yang diberi?

bagi yang tidak dapat habis pengajian tepat pada tempoh yang diberi.anda juga perlu melapor diri ke JPBSM selepas tempoh tamat. Anda juga akan dihantar ke cawangan walaupun masih dalam pengajian dimana anda perlu berkhidmat sambil berusaha menghabiskan pengajian anda. Anda juga akan berstatus pensyarah kontrak dengan gred gaji sama dengan yang di atas. cuma tempoh yang diberi untuk anda menghabiskan pengajian adalah selama setahun selepas dihantar berkhidmat ke cawangan dan sekiranya anda masih lagi tidak dapat menghabiskannya kontrak anda akan terbatal.

tetapi perlu diingatkan semuanya bergantung pada fakulti.kalau banyak kekosongan mungkin anda amat diperlukan.

harap penerangan ini membantu..terima kasih.