Monday 27 July 2015

BIASISWA TAJAAN YAYASAN PELAJARAN MARA UNTUK MASTER & PHD 2016

Yayasan Pelajaran MARA, MJHEP mempelawa calon bumiputra yang berminat dan berkelayakan untuk memohon skim pembiayaan pasca siswazah bagi bidang kejuruteraan dan sains. Untuk permohonan serta maklumat lanjut, sila klik pada pautan di bawah.

SILA KLIK DISINI

Monday 13 July 2015

Tawaran Biasiswa oleh Kerajaan Morocco kepada Pelajar Malaysia (Tahun Akademik 2015-2016)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima Tawaran Biasiswa oleh Kerajaan Morocco. Biasiswa ini menawarkan 15 biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berminat untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Sarjana Muda di Morocco. Biasiswa yang ditawarkan merangkumi kos pengajian, insurans kesihatan, elaun penempatan, elaun makanan dan elaun bulanan.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

Monday 6 July 2015

IKLAN JAWATAN KOSONG GURU INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAM (IBDP)

IKLAN JAWATAN KOSONG:  GURU INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAM (IBDP)
Bidang :
a.  Matematik (SL) – di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
b.  Biology – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, Negeri Sembilan
c.  Visual Arts – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, Negeri Sembilan

Syarat Lantikan :
1.  Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
2.  Kelulusan Ikhtisas pendidikan dari mana-mana institusi Pendidikan di Malaysia
3.  Sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.

SYARAT-SYARAT UMUM
A. TARAF JAWATAN
a)     Semua jawatan akan dilantik secara TETAP.
B. KEWARGANEGARAAN, UMUR DAN KEMAHIRAN
Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh lantikan.
Calon-calon hendaklah fasih Berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mampu bekerja dengan pengawasan minimum serta proaktif dalam tugas yang diberikan.
C. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Pihak Berkuasa Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan / Majikan dengan melampirkan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.
D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.