Wednesday 18 November 2015

PERMOHONAN MYBRAIN15 SEHINGGA 30 NOVEMBER 2015

Dimaklumkan bahawa, Bahagian Biasiswa telah menetapkan tarikh akhir permohonan Program Pembiayaan MyBrain15 (MyMaster, MyPhD & MyPhD Industri) adalah pada 30 November 2015, jam 11.59 malam.
Permohonan Program Pembiayaan MyBrain15 hendaklah dihantar melalui atas talian dihttps://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/index.php sebelum tarikh berkenaan dan permohonan lewat akan ditolak serta merta.
Dimaklumkan juga, permohonan Program Pembiayaan MyBrain15 yang telah dihantar pada bulan Ogos hingga Oktober 2015 sedang diproses untuk kelulusan dan sebarang maklumat berkaitan keputusan akan dimaklumkan melalui emel dan sms.
Maklumat berkaitan pelaksanaan MyBrain15 pada tahun 2016 dan seterusnya juga akan dimaklumkan dan dikemaskini melalui laman Facebook dan portal MyBrain15.