Showing posts with label Tenaga Pengajar Muda UiTM. Show all posts
Showing posts with label Tenaga Pengajar Muda UiTM. Show all posts

Wednesday, 24 February 2016

FORMAT BARU PENAJAAN TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ATAU SLAB/SLAI 2016

Beberapa perkara telah diubah dalam penawaran slab slai tahun 2016 dengan syarat-syarat yang lebih ketat berbanding sebelum ini.model baru ini juga sesetengah syarat berkuatkuasa juga kepada calon yang sedang dalam tajaan biasiswa ini.

Antara syarat-syarat baru penajaan biasiswa tenaga pengajar muda atau slab slai bermula tahun ini adalah seperti berikut:


  1. 300 penajaan dibuka pada setiap bulan Mac,Mei dan ogos 2016 dengan 100 penawaran setiap bulan.
  2. penawaran terhad bagi pengajian dalam negara bagi tempoh 36 bulan sahaja.
  3. tiada elemen perlanjutan akan diperuntukkan.perkara ini juga terpakai kepada pegawai tajaan slab/slai sedia ada mulai 1 mac 2016.
  4. kuota penajaan akan ditetapkan oleh kementerian melalui mesyuarat jawatankuasa biasiswa slab/slai.

Saturday, 7 November 2015

PERSOALAN MENGENAI TPM

apa itu tenaga pengajar muda Uitm?
skim biasiswa yang ditawarkan oleh uitm untuk postgraduate study hasil kerjasama antara kpm dan uitm.

bilakah permohonan dibuka?
dibuka setiap tahun mengikut keperluan kekosongan pensyarah

setelah permohona ditutup.bilakah keputusan temuduga akan diberitahu?
paling lama 6 bulan

setelah interview bilakah keputusan akan diberitahu?
paling lama 6 bulan sekiranya tidak mendapat apa2 makluman selepas tarikh itu dianggap tidak berjaya.

bahagian manakah saya patut berurusan mengenai tpm?
fakulti dan jabatan pembangunan, bisiswa dan sumber manusia(JPBSM)

saya baru sahaja tamat belajar diperingkat ijazah sarjana muda.bolehkah saya memohon tpm?
boleh dengan syarat perlu tunggu keputusan semester akhir dan perlu mendapatkan transkrip sementara yang disahkan universiti.

saya dalam tahun akhir master dan dalam proses tunggu viva.bolehkah saya mohon?
tidak boleh kerana keputusan viva belum diketahui.

saya belajar dari universiti lain.bolehkah saya mohon?
boleh

bolehkah saya sambung belajar di universiti lain setelah mendapat tawaran?
boleh

syarat terbaru permohonan tpm 2016 ialah lepas dari senarai peminjam ptptn tegar.apa maksud ptptn tegar?
peminjam yang tidak pernah bayar ptptn.

saya sedang buat master atau phd sekarang.bolehkah saya mohon?
tidak boleh

pointer saya bawah 3.0.bolehkah saya mohon?
tidak boleh kerana mesti 3.0 ke atas.

saya bukan rakyat malaysia.bolehkah saya mohon?
tidak boleh

adakah tpm diberi elaun setiap bulan?
ya

saya pernah ditaja oleh JPA.bolehkah saya apply tpm?
boleh

saya ingin apply bidang yang saya minat tetapi bukan bidang masa saya belajar dlu?
tidak boleh

utk tpm kena belajar fulltime atau part time?
fulltime.

berapakah syarat umur utk apply tpm?
maksimum 30 utuk master dan 35 utk phd

kena ada proposal ke utk apply tpm?
perlu ada untuk phd candidates.

mcm mana nak apply tpm?
melalui online di etpm website

dimanakah saya akan ditempatkan berkhidmat sbg pensyarah setelah tamat belajar nanti?
di semua cawangan uitm mengikut kekosongan.

berapa lamakah masa diambil untuk saya posting setelah habis belajar?
selepas dapat surat senat proses mengambil masa lebih kurang sebulan

apakah yang akan berlaku jika saya tidak tamat belajar?
didenda bayarn pampasan kepada uitm

apakah yang akan berlaku jika saya tidak berkhidmat selama 7 tahun di uitm?
didenda bayaran pampasan kepada uitm.




Monday, 26 October 2015

BERMULANYA PERJALANAN SEBAGAI CALON TENAGA PENGAJAR MUDA UiTM(COMPLETE)

Memandangkan tidak lama lagi permohonan skim tenaga pengajar muda uitm 2016 akan diiklankan, disini terdetik hati saya untuk berkongsi sedikit perjalanan sebagai seorang calon tenaga pengajar muda uitm.

sudah semestinya semua pasti teruja bila mengetahui iklan permohonan tenaga pengajar muda uitm akan dibuka.semua pastinya tidak sabar untuk membuat permohonan kerana tpm uitm adalah biasiswa yang akan menanggung segala kos perbelanjaan semasa belajar sama ada master atau pun phd, apatah lagi biasiswa ini menjanjikan anda untuk terus berkhidmat sebagai pensyarah di uitm selepas tamat belajar.makanya selepas habis belajar anda tidak perlu lagi memikirkan untuk mendapatkan pekerjaan kerana anda sudah dijamin untuk menjadi pensyarah di uitm.

akan tetapi adakah apa yang anda bayangkan itu akan menjadi kenyataan?
untuk menjawab persoalan ini mari kita fahami dahulu apa itu SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UITM.skim tenaga pengajar muda uitm adalah satu skim biasiswa yang diwujudkan oleh kementerian pendidikan tinggi(KPT) yang pada dasarnya diberi nama sebagai skim latihan akademik bumiputera (SLAB) atau skim latihan akademik ipta (SLAI).skim ini adalah hasil kerjasama antara KPT dengan universiti awam dan untuk uitm ia diberi nama sebagai tenaga pengajar muda uitm manakala universiti lain dipanggil sebagai SLAB/SLAI.Skim ini adalah terbuka kepada calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah iaitu master atau pun phd.calon yang berjaya akan menyambung pelajaran dibawah tajaan ini dimana mereka akan diberi elaun setiap bulan berserta beberapa elaun lain.yang menariknya elaun yang diberikan kepada calon adalah lebih tinggi dari gaji pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan gred gaji D41.jumlah elaun yang diberi juga adalah hasil kerjasama antara KPT dengan uitm iaitu separuh dibayar oleh KPT dan separuh lagi dibayar oleh UITM.calon yang berjaya juga akan terikat kontrak untuk belajar dalam tempoh yang diberikan dan akan berkhidmat sebagai pensyarah di uitm selepas habis belajar dengan kontrak berkhidmat tidak boleh kurang dari tujuh tahun.kontrak calon adalah terikat dengan dua pihak iaitu KPT dan uitm kerana mereka ditanggung oleh dua pihak ini.

Bagaimanakah proses memohon tenaga pengajar muda uitm?
proses permohonan ini adalah dibuat secara online melalui laman web uitm setelah iklan dibuka.permohonan ini akan dibuka jika terdapat keperluan pensyarah di uitm. maknanya selagi ada kekosongan permohonan akan dibuka dan jika tiada kekosongan tidak akan dibuka.namun setakat ini permohonan ini masih lagi dibuka setiap tahun.melalui permohonan online calon akan mengisi segala maklumat yang diperlukan.calon yang berjaya akan dipanggil untuk proses temuduga oleh pihak fakulti dan pemilihan akan dibuat berdasarkan prestasi calon semasa temuduga.selepas temuduga calon yang berjaya akan dimaklumkan dan bagi yang tidak berjaya tidak akan dimaklumkan tetapi di dalam iklan telah dinyatakan calon yang tidak dihubungi oleh pihak uitm lebih dari enam bulan telah dianggap tidak berjaya.

Bermulanya sebagai calon tenaga pengajar muda uitm.
setelah anda dimaklumkan bahawa anda berjaya mendapat biasiswa ini.maka bermula lah anda sebagai calon tenaga pengajar muda uitm.

apakah yang perlu dibuat selepas anda diberitahu bahawa anda berjaya?
ketika permohonan dibuat,telah dinyatakan bahawa calon yang berjaya perlu menduduki ujian TOEFL ataupun IELTS.setelah lulus ujian ini baru lah calon dapat menyambung pelajaran dibawah tpm uitm.selain itu calon juga perlu mendapatkan tempat pengajian untuk sambung belajar sama ada dalam negara atau pun luar negara.tidak semestinya tempat belajar adalah di uitm.akan tetapi kebiasaanya calon yang memohon phd perlu mendapatkan tempat pengajian di luar negara.tempat pengajian yang dipilih juga mestilah berada pada ranking lebih tinggi dari uitm.calon juga tidak semestinya adalah pelajar uitm sahaja kerana ianya terbuka kepada semua.Pengajian juga perlu dibuat secara sepenuh masa.kebiasaannya tempoh tawaran yang diberi kepada calon yang berjaya adalah selama 6 bulan.dalam masa 6 bulan ini sekiranya calon masih lagi tidak berjaya untuk mendapat tempat menyambung pelajaran maka tawaran ini akan terbatal.

kepada calon yang berjaya mendapat tempat pengajian perjalanan anda bermula ke peringkat seterusnya.telah dinyatakan dalam kontrak bagi calon yang menyambung master ,tempoh tajaan biasiswa adalah setahun setengah untuk coursework dan dua tahun untuk research.manakala untuk phd adalah 3 tahun.dalam tempoh ini calon mestilah berusaha untuk menghabiskan pengajian.sekiranya tidak dapat habis dalam tempoh yang diberikan tajaan tidak lagi disambung dan elaun bulanan tidak lagi diberi.dan yang penting perlu diingat bahawa calon telah pun melanggar kontrak iaitu tidak menghabiskan pengajian dalam tempoh yang diberi.pada peringkat ini calon berisiko untuk ditamatkan tajaan sepenuhnya dan calon perlu membayar pampasan kepada uitm dan kpt dengan nilai yang telah termaktub di dalam perjanjian.kebiasaanya pampasan bernilai ratusan ribu.pada ketika inilah waktu paling kritikal bagi calon kerana tekanan untuk tamatkan pengajian dan juga tekanan untuk dikenakan tindakan.jadi untuk mengelakkan keadaan ini terjadi,calon perlu fokus untuk menghabiskan pengajian dari mula mendaftar lagi.

bagi calon yang berjaya menghabiskan pengajian dalam tempoh yang diberikan, tahniah diucapkan kerana anda telah pun berjaya memenuhi perjanjian yang dibuat dengan pihak uitm dan anda juga berjaya ke peringkat seterusnya.untuk ke peringkat penempatan perkhidmatan,calon perlu menguruskan beberapa perkara.pada peringkat ini,setelah calon tamat pengajian,mereka perlu menunggu sehingga mendapat surat senat yang menyatakan mereka telah tamat kerana selagi surat senat tidak diserahkan kepada uitm,anda tidak akan ditempatkan untuk berkhidmat.setelah dapat surat senat calon perlulah menyerahkan surat itu ke bahagian biasiswa uitm iaitu JPBSM dan juga fakulti.setelah surat diserahkan insyaallah dalam masa terdekat anda akan dipanggil untuk ditempatkan ke uitm di seluruh malaysia.

setelah anda mendapat surat tawaran penempatan,status tawaran adalah pensyarah (sementara) terlebih dahulu.apabila anda mula berkhidmat,anda sekali lagi akan dipanggil untuk ditemuduga untuk hilangkan status sementara itu dan bertukar kepada status tetap.sekiranya berjaya status akan ditukar dan sekiranya tidak berjaya anda tidak akan diberhentikan tetapi status sementara dikekalkan sehingga ke temuduga kali kedua dan seterusnya.

bagi calon yang berjaya status anda telah pun ditukar kepada tetap tetapi jawatan anda masih lagi tidak disahkan.untuk mengesahkan jawatan, anda perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan di kampus masing masing.kebiasaanya syaratnya adalah anda perlu mengikuti kursus asas pengajaran (KAP),perlu mengikuti program transformasi minda (PTM) dan perlu sekurang kurangnya menerbitkan satu jurnal.setelah semua ini dipenuhi anda perlu membuat permohonan untuk pengesahan jawatan kepada rektor cawangan masing masing.sekiranya anda berjaya tahniah anda sudah pun bergelar pensyarah tetap uitm.Akhir sekali perlu diingat anda perlu berkhidmat dengan uitm paling kurang selama 7 tahun.sekiranya anda berhenti kurang daripada tempoh ini, anda juga perlu membayar pampasan kepada kpt dan uitm.

terima kasih.


Wednesday, 11 July 2012

Iklan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM 2013 sudah dibuka

UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda Universiti Teknologi MARA Tahun 2013 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/ Profesional dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM.

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM mulai 12 Julai 2012. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Julai 2012. Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.

CARA-CARA MEMOHON

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://www.uitm.edu.my/ mulai 12 Julai 2012. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Julai 2012.Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti yang diiklankan
Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.

Tuesday, 19 June 2012

KELAYAKAN MEMOHON TENAGA PENGAJAR MUDA UITM TAHUN 2010 DAN 2011

KELAYAKAN MEMOHON


1.             Calon-calon mestilah mempunyai

a)            Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan peringkat Ph.D).

b)            Ijazah Sarjana Muda dengan  Kepujian dari universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).

2.         Calon-calon lulusan Sarjana Muda (Kepujian) mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Dua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.

3.             Bagi kursus-kursus Pergigian, calon-calon mestilah mempunyai kelulusan Ijazah Pergigian dari universiti yang diiktiraf.

4.             Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM.

5.             Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Firma atau badan-badan lain.

6.             Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.

7.            Berumur tidak lebih daripada 35 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D.  Berumur tidak lebih daripada 30 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.  Bagi kursus Pergigian calon-calon hendaklah berumur tidak lebih daripada 35 tahun

Thursday, 3 November 2011

APAKAH STATUS CALON TPM UITM SELEPAS HABIS PENGAJIAN?

Tentu ramai yang tidak tahu dan ingin tahu apakah status calon tpm uitm selepas habis pengajian.Apabila anda bersetuju dan menandatangani kontrak tpm uitm bermakna anda sudah pun terikat untuk berkhidmat dengan uitm minimum selama tujuh tahun selepas tamat pengajian, dan sebagai balasan pihak uitm akan menanggung semua kos semasa pengajian anda dan juga pemberian elaun.

Biasanya pengajian anda ditanggung oleh pihak uitm mengikut tempoh pengajian, contohnya 1 setengah tahun untuk master by coursework,2 tahun untuk master by research, dan 3 tahun untuk phd.sekiranya anda boleh habis pengajian tepat pada tempoh yang diberi, anda dikehendaki melapor diri di JPBSM dengan segera.Apabila anda sudah melapor diri, anda akan terus dihantar untuk berkhidmat di cawangan-cawangan uitm seluruh negara.Tetapi persoalannya apakah status anda pada masa ini?tetap atau kontrak?

untuk pengetahuan semua, 6 bulan pertama anda berkhidmat, status anda masih lagi pensyarah kontrak di mana dalam tempoh ini, anda akan dinilai oleh pihak cawangan uitm sebelum anda diserap ke jawatan tetap. Gred gaji anda juga masih lagi DM 41 untuk tpm by master.Selepas habis 6 bulan, anda akan ditemuduga terlebih dahulu dan barulah diserap ke jawatan tetap dengan gred gaji DM 45.

Selesai sudah penerangan untuk calon yang berjaya habis pengajian tepat pada tempoh yang diberi, tetapi bagaiman pula sekiranya anda tidak dapat menghabiskan pengajian anda tepat pada tempoh yang diberi?

bagi yang tidak dapat habis pengajian tepat pada tempoh yang diberi.anda juga perlu melapor diri ke JPBSM selepas tempoh tamat. Anda juga akan dihantar ke cawangan walaupun masih dalam pengajian dimana anda perlu berkhidmat sambil berusaha menghabiskan pengajian anda. Anda juga akan berstatus pensyarah kontrak dengan gred gaji sama dengan yang di atas. cuma tempoh yang diberi untuk anda menghabiskan pengajian adalah selama setahun selepas dihantar berkhidmat ke cawangan dan sekiranya anda masih lagi tidak dapat menghabiskannya kontrak anda akan terbatal.

tetapi perlu diingatkan semuanya bergantung pada fakulti.kalau banyak kekosongan mungkin anda amat diperlukan.

harap penerangan ini membantu..terima kasih.

Monday, 24 October 2011

Notis Penghantaran Dokumen Lengkap Biasiswa TPM Yang Telah Memulakan Pengajian / Dalam Pengajian

Kepada penerima tawaran Skim Biasiswa TPM tahun 2011/2012 yang telah memulakan pengajian / dalam pengajian.


Tuan/Puan diminta untuk mengemukakan dokumen sokongan tawaran yang telah LENGKAP  mengikut senarai semak yang telah dinyatakan dalam buku panduan biasiswa. Selewat-lewatnya pada 01 November 2011.


Dokumen berkenaan adalah bagi urusan penajaan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kelewatan penghantaran dokumen akan mempengaruhi tempoh penajaan pengajian.


Sekian ,harap maklum.

sumber dari jpbsm 

Tuesday, 11 October 2011

BORANG-BORANG YANG DIPERLUKAN UNTUK TPM UITM

tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya mendapat tawaran tpm uitm tahun 2011.ingin diingatkan disini supaya cepat-cepat uruskan borang-borang tpm kerana ianya memakan masa untuk diselesaikan.untuk elaun juga hanya akan diberi selepas semua borang-borang ini dihantar.selepas 3 bulan borang dihantar barulah anda mendapat elaun pertama anda.jikalau lambat menghantar borang maka lagi lambat la elaun masuk.untuk memudahkan urusan anda semua,di sini saya sertakan borang-borang yang diperlukan untuk tpm uitm ini.harap ianya membantu.

DAPATKAN BORANG DI SINI

Thursday, 29 September 2011

SENARAI PENERIMA BIASISWA SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA ( TPM ) UiTM 2011

Berikut adalah senarai nama yang telah ditawarkan "TAWARAN BERSYARAT BIASISWA DI BAWAH SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UiTM TAHUN 2011/2012' MENGIKUT FAKULTI.


Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa sehingga 30 september 2011

sila klik pada gambar untuk besarkan

Sunday, 11 September 2011

KEPUTUSAN BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UITM 2011 SUDAH KELUAR

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya mendapat tawaran biasiswa tenaga pengajar muda uitm untuk tahun 2011. untuk pengetahuan semua, surat tawaran tpm 2011 sudah mula diedarkan bermula awal bulan september 2011 ini, tetapi edaran surat tawaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fakulti masing-masing.

pengedaran dibuat mengikut tarikh interview di mana sesi temuduga yang awal akan terlebih dahulu mendapat keputusan. setakat ini calon yang sudah menerima tawaran merupakan calon-calon yang menjalani sesi temuduga pada bulan mac 2011 dan april 2011.

tetapi harus diingatkan tidak semua surat tawaran yang ditemuduga pada bulan tersebut sudah diedarkan kerana ianya masih lagi dalam proses.

ingin dinyatakan di sini untuk biasiswa tpm ini, beberapa proses perlu dilakukan untuk mendapatkan calon-calon yang terbaik. proses-proses adalah seperti berikut
1. sesi permohonan tpm 2011
2. temuduga dengan pihak fakulti
3. tapisan dan pemilihan dari fakulti
4. nama calon yang dipilih oleh fakulti akan dihantar ke jpbsm
5. jpbsm akan membuat tapisan sekali lagi
6.edaran surat tawaran kepada calon-calon yang berjaya

Monday, 1 August 2011

MESYUARAT TERBARU KPT MENGENAI TPM UITM 2011

Berita gembira untuk calon calon yang sedang menunggu keputusan tawaran biasiswa tpm uitm kerana pada pertengahan bulan ni, satu lagi mensyuarat akan diadakan bersama antara JPBSM dan pihak KPT. Selalunya dua benda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini iaitu:

  1. perbincangan mengenai pemilihan calon baru mengikut permohonan yang dibuat
  2. perbincangan mengenai kelulusan elaun bagi calon yang telah mendapat tawaran
untuk itu, bagi sesiapa yang sudah mendapat tawaran, anda disarankan supaya menyelesaikan semua urusan penghantarn borang secepat mungkin.semua dokumen perlu dilengkapkan dan dikemukakan kepada pihak jabatan pembangunan sumber manusia(JPBSM). Dokumen dokumen yang perlu diserahkan adalah seperti berikut:
  1. surat tawaran dari universiti
  2. keputusan TOEFL/GMAT/IELTS
  3. sijil kursus kaedah penyelidikan(PHD sahaja)
  4. sijil kursus BTN( Luar negara sahaja)
  5. borang pelepasan melanjutkan pengajian(pengesahan dekan fakulti uitm)
  6. borang maklumat(beserta penyata akaun)
  7. borang financial guarantee
  8. borang pemeriksaan doktor
  9. borang pembentangan proposal di fakulti(PHD sahaja)
  10. borang perjanjian(4 salinan) dan 2 salinan penjamin
  11. borang SLAB/SLAI
  12. borang keselamatan
  13. surat berhenti kerja jika calon pernah bekerja sebelum memulakan pengajian
  14. surat pelepasan kontrak dari penaja terdahulu
  15. borang tempahan tiket kapal terbang(luar negara sahaja)
PIHAK JABATAN HANYA MENERIMA DOKUMEN LENGKAP SAHAJA

semua borang boleh di DOWNLOAD SINI

Sunday, 31 July 2011

Info Baru Mengenai TPM UiTM

info-info baru mengenai tpm uitm
  1. sesiapa yang dapat tawaran tpm uitm blh sambung postgraduate by coursework atau pun research
  2. permohonan adalah setahun sekali bergantung kepada keperluan semasa.
  3. setelah tamat phd atau master, calon mesti bekerja di dalam industri dahulu selama setahun sebelum masuk bertugas balik sebagai pensyarah uitm.

Perbezaan Dan Persamaan Antara TPM UiTM 2010 Dan TPM UiTM 2011

NO
TPM UiTm 2010
TPM UiTM 2011
1
Permohonan melalui penghantaran borang ke fakulti dan JPBSM
Permohonan melalui online
2
Pihak fakulti menelefon calon yang mendapat panggilan temuduga
Pihak fakulti menghantar email kepada calon yang mendapat panggilan temuduga
3
Calon dikehendaki membuat presentation dan mengajar ketika temuduga
Calon terlebih dahulu perlu menduduki ujian khas sebelum temuduga.
4
Elaun RM 2700
Elaun RM 2700
5
Calon yang Berjaya diwajibkan menyambung pelajaran masters atau PHD
Calon yang Berjaya diwajibkan menyambung pelajaran masters atau PHD
6
Calon diwajibkan mengajar bergantung kepada kekosongan
Calon diwajibkan mengajar

Perbezaan dan persamaan bergantung pada Fakulti. Tidak semestinya semua fakulti membuat proses yang sama.

PELANJUTAN TEMPOH SAHLAKU TAWARAN SKIM BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UiTM TAHUN 2010/2011

sy br dpt email dr uitm ttg perkara ni..ni utk calon2 tpm sesi 2010 yg belum smbg belajar lg..bkn yg thn ni.
Semua Penerima Tawaran
Skim Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM Tahun 2010/2011
Tuan/Puan,

PELANJUTAN TEMPOH SAHLAKU TAWARAN SKIM BIASISWA TENAGA PENGAJAR
MUDA UiTM TAHUN 2010/2011

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk kepada arahan Kementerian Pengajian Tinggi (surat
[JPT.S(BPKP)200/400/016/03 J1d.3(27)] bertarikh 15 Oktober 2010) berhubung perubahan
sesi akademik institusi pengajian tinggi bagi kemasukan pelajar lepasan SPM/setaraf dan
lepasan STPM/setaraf, dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Latihan & Pembangunan
Staf (Induk) UiTM telah meluluskan pelanjutan tempoh sahlaku tawaran Biasiswa Tenaga
Pengajar Muda bagi tahun 2010/2011 daripada 30 Jun 2011 dan 31 Julai 2011 kepada 30
September 2011.

3. Sukacita dapat pihak tuan/puan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan
pihak tuan/puan dapat memulakan pengajian dalam tempoh sahiaku yang telah ditetapkan.
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya pihak tuan/puan gagal memulakan pengajian dalam
tempoh tersebut, tawaran biasiswa berkenaan adalah TERBATAL.
4 Pihak tuan/puan juga diminta untuk mengemukakan dokumen perjanjian dan
dokumen lain yang berkaitan kepada pihak Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
(JPbSM) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tuan/puan memulakan pengajian.
5. Sila abaikan pelanjutan tempoh sahlaku ini sekiranya tuan/puan telah memulakan
pengajian.

Sekian, harap maklum dan selamat maju jaya.

Peringatan Mengenai TPM UiTM 2011

anda harus diingatkan supaya tidak mengharapkan keputusan temuduga tpm diketahui dalam tempoh yang terdekat..kerana selepas panggilan temuduga tidak semestinya keputusan diketahui dalam tempoh 6 bulan terdekat. Melalui pengalaman saya..selepas 10 bulan temuduga baru lah keputusan keluar dan alhamdulillah dapat..begitu juga dengan elaun.biasanya elaun tpm uitm akan diberi selepas tempoh 3 bulan..