Monday 17 August 2015

ARAHAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.      Dimaklumkan bahawa, pihak PTPTN telah membuat pembentangan berhubung Status Prestasi Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Penjawat Awam Mengikut Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan dalam Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan (Mesyuarat KSU & KP) pada 17 Jun 2015. Selaras dengan keputusan mesyuarat tersebut, pegawai yang masih mempunyai baki pinjaman PTPTN dikehendaki membuat bayaran dengan kadar segera melalui potongan gaji bulanan

3.      Berdasarkan rekod PTPTN, terdapat seramai 51,884 orang pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di KPM telah gagal membayar balik pinjaman PTPTN mengikut terma yang dipersetujui dalam kontrak. Mengikut terma kontrak, bayaran balik pinjaman perlu dijelaskan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi.

4.      Sehubungan itu, atas kepentingan perkhidmatan awam, tuan/puan yang masih belum menjelaskan hutang pinjaman PTPTN diarahkan untuk menyelesaikan keterhutangan berkenaan dengan pihak PTPTN melalui kaedah pemotongan gaji bulanan. Kegagalan tuan/puan melaksanakan arahan ini boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut: