Tuesday 9 August 2011

CAREER FOR MALAYSIAN CITIZENS IN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)

Career 2011 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami.


1. Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41

Tarikh Tutup Permohonan: 23 Ogos 2011

Download Syarat Lantikan

CAREER FOR MALAYSIAN CITIZENS IN UNIVERSITY TUN ABDUL RAZAK (UNIRAZAK)

Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), which is among the first private universities in Malaysia to receive the certification of ISO 9001:2000, is paving our way to be the leading institution in providing quality education and human capital in niche areas or body of knowledge among emerging economies. In order to strengthen the academic management and managerial practices of our institution, we are recruiting candidates who are knowledgeable and prepared to join us in the process of nurturing Malaysia's future leaders.



English Teacher
(Kuala Lumpur)

Responsibilities:

  • The incumbent will be responsible to carry out the teaching and learning process, including developing modules and content for respective courses.

Requirements:

  • The applicant must possess a Bachelors Degree (First Class or Second Class Upper) in related field above.
  • The applicant must have high proficiency in English language (verbal and written).
  • Course related : TESL

Please send your application letter together with your passport-sized photo and resume to the following address :-

Head, Human Resources Department
Universiti Tun Abdul Razak,
Razak Campus,
8, Jalan Munshi Abdullah,
50100 Kuala Lumpur, Malaysia

E-mail: recruit@unirazak.edu.my
Fax: 603-76277170

Closing Date:09-09-11

3,474 Akan Terima Biasiswa "Mybrain15"

KUALA LUMPUR, 9 Ogos -- Sebanyak 3,474 pelajar yang layak telah diluluskan untuk menerima biasiswa bagi pengajian lepasan ijazah pada tahun ini di bawah program "MyBrain15".

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata mereka ialah antara 6,874 pemohon bagi dua skim di bawah MyBrain15, iaitu Program Tajaan bagi ijazah kedoktoran dalam negara (MyPhD) dan Program Tajaan bagi ijazah Sarjana dalam negara (MyMaster).

"Sasaran tahun ini bagi 650 penerima untuk MyPhD telah mendapat sambutan luar jangkaan, dengan kira-kira 1,200 permohonan diterima. Setakat ini, 672 telah diluluskan, lebih tinggi daripada jumlah yang diperuntukkan bagi tahun ini," katanya pada majlis Anugerah Biasiswa Pendidikan Tinggi akhbar The Sun dan Persatuan Kolej-kolej dan Universiti-universiti Swasta Malaysia (MAPCU) di sini hari ini.

Setiap penerima akan menerima maksimum RM24,000 bagi yuran tuisyen tanpa mengira pengajian dilakukan di institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Sebanyak RM5,000 lagi diberikan sebagai elaun jurnal dan tesis.

Bagi skim MyMaster, Dr Hou berkata daripada 8,000 biasiswa ditawarkan tahun ini, sebanyak 2,802 diluluskan daripada sejumlah 5,674 permohonan yang diterima, berikutan proses pemilihan lebih ketat.

Dr Hou berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.6 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) bagi program itu untuk mencapai objektif mengeluarkan 60,000 pemegang PhD menjelang 2020.

"Malaysia memerlukan para intelektual berpengetahuan tinggi untuk memacu pertumbuhan penyelidikan dan inovasi untuk berjaya menjadi sebuah negara berpendapat tinggi yang dipacu inovasi," katanya.

Selain MyMaster dan MyPhD, dua lagi skim di bawah Mybrain15 ialah Program PhD Perindustrian dan Program Latihan Akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (SLAI).

Pada majlis itu, 41 pelajar menerima biasiswa bernilai RM4.5 juta yang diikrarkan oleh 16 kolej dan universiti swasta.

11 Peratus Pelajar Kelantan Hadapi Masalah Mental : Pakar Psikiatri HUSM

KOTA BAHARU, 9 Ogos -- Antara 10 dan 11 peratus remaja khususnya pelajar di Kelantan menghadapi masalah mental dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini.

Ketua Jabatan Psikiatri HUSM Prof Madya Dr Mohd Jamil Yaacob berkata mereka ini, yang termasuk murid sekolah rendah, adalah antara lebih 700 pesakit yang menerima rawatan setiap bulan di klinik psikiatri hospital itu termasuk kes berulang.

"Ini adalah fenomena baru dalam masyarakat kesan tekanan hidup dalam kekeluargaan dan pelajaran di dunia yang semakin mencabar sekarang," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini Selasa yang turut dihadiri Pengarah HUSM Datuk Dr Zaidun Kamari.

Mohd Jamil berkata kebanyakan pelajar yang menghadapi masalah mental itu adalah disebabkan faktor keturunan, masalah keluarga di rumah dan persekitaran sekolah.

Katanya peningkatan jumlah pelajar yang menerima rawatan itu berikutan kesedaran orang ramai terhadap peranan dan tugas yang dimainkan oleh klinik psikiatri dalam menyelesaikan pelajar yang menghadapi masalah itu.

"Sebelum ini, ramai ibu bapa enggan datang ke klinik psikiatri kerana tidak sanggup menerima tanggapan negatif masyarakat yang menganggap mereka datang ke klinik berkenaan sebagai penghidap penyakit jiwa," katanya.

Untuk menghilangkan tanggapan negatif itu juga, Jabatan Psikiatri HUSM mengambil inisiatif menamakan klinik ini sebagai "Klinik Bimbingan dan Remaja" sejak 2002.

Selain itu, katanya, petugas jabatan itu mengadakan lawatan ke sekolah bagi memberi khidmat bimbingan terapi kepada pesakit terbabit.

Zaidun pula berkata tahap penerimaan masyarakat dalam mendapatkan rawatan mental di hospital lebih tinggi berbanding sebelum ini kerana kebanyakan mereka yang terlibat dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya mendapat kemudahan kerajaan, khasnya daripada Jabatan Kebajikan masyarakat.