Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar- pelajar yang telah mendapat tawaran
untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah
Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang terpilih ambilan sesi
2015/2016 untuk memohon biasiswa tajaan Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP).
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1- Syarat-syarat Asas:-
i- Warganegara Malaysia.
ii- Sedang bermastautin di Wilayah Persekutuan (sekurang-kurangnya
setahun).
iii- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama
pengajian (ambilan sesi 2015/2016) dari mana-mana IPTA atau IPTS
yang disenaraikan.
iv- Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana
pihak/penaja.
v- Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk
kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan atau kelulusan yang
diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
vi- Bersedia berkhidmat dengan MAIWP untuk tempoh sekurangkurangnya
5 tahun sekiranya ditawarkan (atas keperluan)
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI
LINK 1
LINK 2
BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH SKIM YANG DITAWARKAN OLEH UITM KEPADA CALON-CALON YANG BERMINAT UNTUK MENJADI PENSYARAH DI UITM.SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH HASIL KERJASAMA PIHAK KPT DAN UITM.Blog ini bukanlah blog rasmi biasiswa skim tenaga pengajar muda uitm.ianya hanyalah blog khas untuk memberi sebarang maklumat mengenai tenaga pengajar muda samada untuk yang baru nak apply,yang dah apply dan yang berminat mengenainya.