Monday 31 August 2015

TAWARAN BIASISWA SOUTHEAST ASION REGIONAL CENTER FOR GRADUATE STUDY AND RESEARCH IN AGRICULTURE (SEARCA) SESI 2016-2017

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Southeast Asian Regional Center For Graduate Study And Research In Agriculture (SEARCA) SESI 2016-2017.
Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) selewat-lewatnya sebelum atau pada 15 September 2015 (Selasa).

Sekian, terima kasih.

Saturday 29 August 2015

SENARAI JOURNAL BERIMPACT TINGGI

sebagai pelajar master atau phd memang tidak boleh lari dari menerbitkan artikal penyelidikan kita di dalam journal.ditambah pula sekarang ini kita dimestikan untuk menerbitkan artikal ke dalam journal yang berindeks dan berimpak tinggi.

sebenarnya ramai yang tidak tahu apakah journal yang disenaraikan sebagai berimpak tinggi.di sini disertakan senarai journal berimpak tinggi untuk rujukan semua

Thursday 27 August 2015

JAWATAN KOSONG UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2015


Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia yang ke-19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangunkan universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :

DOWNLOAD DISINI

Monday 24 August 2015

BIASISWA KERAJAAN JEPUN (MONBUKAGAKUSHO : MEXT ) 2016 YOUNG LEADERS’ PROGRAM (YLP)

Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini JPA sekali lagi telah menerima tawaran Biasiswa Monbukagakusho : MEXT 2016 Bagi Pengajian Peringkat Sarjana. Sehubungan dengan itu, permohonan program ini dibuka mulai 20 Ogos 2015 sehingga 18 September 2015.

Syarat-syarat Permohonan

Bagi calon BUKAN kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT).
**Bagi calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :-
  1. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Oktober 2016 (Lahir selepas 2 Oktober 1976);
  2. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
  3. Berkhidmat secara tetap;
  4. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
  5. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  6. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh 3 tahun (genap 36 bulan) berturut-turut (2012, 2013 & 2014);
  7. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka pendek/panjang sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 seperti berikut (jika berkenaan):-
    • Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan di dalam dan di luar Negara mestilah melepasi genap satu (1) tahun tamat kursus terdahulu ;dan
    • Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam dan di luar Negara mestilah melepasi genap dua (2) tahun tamat kursus jangka panjang terdahulu.
  8. Telah mengisytiharkan harta;
  9. Tidak disenarai hitamkan / tersenarai sebagai peminjam tegar;
  10. Bersih daripada pertuduhan tatatertib; dan
  11. Bebas daripada dakwaan Mahkamah.

Saturday 22 August 2015

BIASISWA KOMANWEL DI UNITED KINGDOM 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini JPA sekali lagi telah menerima tawaran Biasiswa Komanwel Di United Kingdom 2016 bagi Pengajian Peringkat Sarjana dan Kedoktoran.Sehubungan dengan itu, permohonan program ini dibuka mulai 20 Ogos 2015 sehingga 19 November 2015.

Syarat-syarat Permohonan

Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Commonwealth Scholarships.
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur Commonwealth Scholarships Commission dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
(a) Berkhidmat secara tetap;
(b) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
(c) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
(d) Umur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada tarikh tutup permohonan;
(e) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Markah keseluruhan IELTS tidak kurang 6.5 bagi peperiksaan yang diambil selepas 1 Oktober 2014;
(f) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014);
(g) Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan. (dikira dari tarikh permohonan);
(h) Telah mengisytiharkan harta;
(i) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
(j) Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA.


Monday 17 August 2015

ARAHAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.      Dimaklumkan bahawa, pihak PTPTN telah membuat pembentangan berhubung Status Prestasi Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Penjawat Awam Mengikut Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan dalam Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan (Mesyuarat KSU & KP) pada 17 Jun 2015. Selaras dengan keputusan mesyuarat tersebut, pegawai yang masih mempunyai baki pinjaman PTPTN dikehendaki membuat bayaran dengan kadar segera melalui potongan gaji bulanan

3.      Berdasarkan rekod PTPTN, terdapat seramai 51,884 orang pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di KPM telah gagal membayar balik pinjaman PTPTN mengikut terma yang dipersetujui dalam kontrak. Mengikut terma kontrak, bayaran balik pinjaman perlu dijelaskan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi.

4.      Sehubungan itu, atas kepentingan perkhidmatan awam, tuan/puan yang masih belum menjelaskan hutang pinjaman PTPTN diarahkan untuk menyelesaikan keterhutangan berkenaan dengan pihak PTPTN melalui kaedah pemotongan gaji bulanan. Kegagalan tuan/puan melaksanakan arahan ini boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut: