Saturday 7 November 2015

PERSOALAN MENGENAI TPM

apa itu tenaga pengajar muda Uitm?
skim biasiswa yang ditawarkan oleh uitm untuk postgraduate study hasil kerjasama antara kpm dan uitm.

bilakah permohonan dibuka?
dibuka setiap tahun mengikut keperluan kekosongan pensyarah

setelah permohona ditutup.bilakah keputusan temuduga akan diberitahu?
paling lama 6 bulan

setelah interview bilakah keputusan akan diberitahu?
paling lama 6 bulan sekiranya tidak mendapat apa2 makluman selepas tarikh itu dianggap tidak berjaya.

bahagian manakah saya patut berurusan mengenai tpm?
fakulti dan jabatan pembangunan, bisiswa dan sumber manusia(JPBSM)

saya baru sahaja tamat belajar diperingkat ijazah sarjana muda.bolehkah saya memohon tpm?
boleh dengan syarat perlu tunggu keputusan semester akhir dan perlu mendapatkan transkrip sementara yang disahkan universiti.

saya dalam tahun akhir master dan dalam proses tunggu viva.bolehkah saya mohon?
tidak boleh kerana keputusan viva belum diketahui.

saya belajar dari universiti lain.bolehkah saya mohon?
boleh

bolehkah saya sambung belajar di universiti lain setelah mendapat tawaran?
boleh

syarat terbaru permohonan tpm 2016 ialah lepas dari senarai peminjam ptptn tegar.apa maksud ptptn tegar?
peminjam yang tidak pernah bayar ptptn.

saya sedang buat master atau phd sekarang.bolehkah saya mohon?
tidak boleh

pointer saya bawah 3.0.bolehkah saya mohon?
tidak boleh kerana mesti 3.0 ke atas.

saya bukan rakyat malaysia.bolehkah saya mohon?
tidak boleh

adakah tpm diberi elaun setiap bulan?
ya

saya pernah ditaja oleh JPA.bolehkah saya apply tpm?
boleh

saya ingin apply bidang yang saya minat tetapi bukan bidang masa saya belajar dlu?
tidak boleh

utk tpm kena belajar fulltime atau part time?
fulltime.

berapakah syarat umur utk apply tpm?
maksimum 30 utuk master dan 35 utk phd

kena ada proposal ke utk apply tpm?
perlu ada untuk phd candidates.

mcm mana nak apply tpm?
melalui online di etpm website

dimanakah saya akan ditempatkan berkhidmat sbg pensyarah setelah tamat belajar nanti?
di semua cawangan uitm mengikut kekosongan.

berapa lamakah masa diambil untuk saya posting setelah habis belajar?
selepas dapat surat senat proses mengambil masa lebih kurang sebulan

apakah yang akan berlaku jika saya tidak tamat belajar?
didenda bayarn pampasan kepada uitm

apakah yang akan berlaku jika saya tidak berkhidmat selama 7 tahun di uitm?
didenda bayaran pampasan kepada uitm.