Baru-baru ini telah keluar isu mengenai kelemahan pengurusan dalam biasiswa tenaga pengajar muda uitm.ianya semakin hangat diperkatakan oleh sesetengah pihak yang sentiasa mengambil berat tentang isu ini.bagi admin tidak dapat dinafikan memang ada sedikit kelemahan dalam pengurusan biasiswa ini terutamanya dalam melibatkan pengurusan JPBSM.
JPBSM yang bertanggungjawab dalam menguruskan biasiswa ini dilihat mengalami masalah dalam pengurusan dokumen calon-calon biasiswa.ada sesetengah calon telah memberi kenyataan bahawa pengurusan rekod progress calon tidak diuruskan dengan sempurna. ini terbukti apabila ada calon yang sudah habis kontrak dan ingin melapor diri di JPBSM dan apabila ingin menyemak dokumen dokumen calon untuk semester sebelumnya ianya sudah tidak ada atau hilang. calon tersebut terpaksa membuat progress yang baru bermula dari semester pertama. ini antara kelemahan yang masih ada pada jabatan ini.
Dari segi penyerapan pensyarah sementara untuk berkhidmat, pada mulanya sememangnya uitm mempunyai kelemahan dari segi pengurusannya. tetapi dari semasa ke semasa uitm telah pun memperbaiki kelemahan dan antara pekeliling terbaru yang telah dikeluarkan oleh uitm berkaitan dengan calon biasiswa ini adalah calon diwajibkan menghabiskan pengajian mereka dahulu sebelum di posting.calon juga di wajibkan mendapatkan surat akuan senat yang menyatakan bahawa mereka telah tamat belajar dan bersedia untuk berkhidmat sebagai pensyarah.
secara kesimpulannya, pihak uitm sentiasa memperbaiki kelemahan dalam apa sahaja urusan.seperti yang kita tahu uitm adalah universiti terbesar atau yang paling ramai pelajar dan stafnya. jadi semestinya ianya melibatkan pengurusan pada skala yang besar yang dilihat memerlukan komitmen yang tinggi untuk mengurus.ini semestinya mengambil sedikit masa untuk uitm memperbaiki setiap kelemahan yang ada.
BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH SKIM YANG DITAWARKAN OLEH UITM KEPADA CALON-CALON YANG BERMINAT UNTUK MENJADI PENSYARAH DI UITM.SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH HASIL KERJASAMA PIHAK KPT DAN UITM.Blog ini bukanlah blog rasmi biasiswa skim tenaga pengajar muda uitm.ianya hanyalah blog khas untuk memberi sebarang maklumat mengenai tenaga pengajar muda samada untuk yang baru nak apply,yang dah apply dan yang berminat mengenainya.