Showing posts with label Pensyarah. Show all posts
Showing posts with label Pensyarah. Show all posts

Sunday, 11 October 2015

JAWATAN KOSONG AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK UITM JOHOR

Uni­ver­siti Teknologi MARA Cawan­gan Johor den­gan ini mem­pelawa calon-​calon Bumi­put­era War­gane­gara Malaysia yang berke­layakan dalam bidang-​bidang yang berkai­tan untuk mengisi jawatan Bukan Akademik secara Tetap/​Kontrak di Uni­ver­siti Teknologi MARA Cawan­gan Johor, Kam­pus Pasir Gudang/​Kampus Segamat.

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

Monday, 28 September 2015

JAWATAN KOSONG AKADEMIK INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di IAB Induk dan semua Cawangan.

1. Pensyarah Kanan Gred DG48
a) Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana; dan
b) Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di atas Gred DG44 atau Gred DG48

2. Pensyarah Gred DG44
a) Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana; dan
b) Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41

3. Pegawai Penyunting Gred DG41
a) Berpengalaman menjadi editor dan membuat suntingan serta terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali;
b) Memiliki sijil penterjemahan daripada institusi yang diiktiraf; dan
c) Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE LINK INI

Monday, 29 June 2015

BIASISWA SLAB/SLAI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA (UTEM)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang ingin membina kerjaya sebagai Pensyarah Universiti dan mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) dan Skim Latihan Pensyarah IPTA (SLAI) anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi mengikuti kursus-kursus dalam bidang-bidang seperti mana diiklankan.

BIASISWA YANG DITAWARKAN

 1. Calon dipelawa untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan luar negara. Permohonan bagi negara Amerika Syarikat, German, Jepun dan New Zealand adalah digalakkan dan diberikan keutamaan. 2. Sekiranya permohonan pengajian di luar negara, tempat pengajian mestilah tersenarai dalam 200 Universiti terbaik dunia dalam sesuatu bidang pengajian yang dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE).

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

Monday, 23 March 2015

IKLAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH UITM PENANG

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Pensyarah di Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang) bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

JAWATAN : PENSYARAH UiTM (GRED DM45)/PENSYARAH KANAN (GRED DM51) /PROFESOR MADYA (GRED DM53) SECARA TETAP/KONTRAK.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

Monday, 16 March 2015

TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SEPARA BIASISWA (SB) TAHUN 2015

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 
Menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara dan Universiti Luar Negara bagi Sesi Pengajian Semester 1 2016/2017. Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik seperti berikut:

A) Peringkat Sarjana
B) Peringkat PhD


Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB)
Menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa (SB) kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedang mengikuti pengajian secara SEPARUH MASA di peringkat Sarjana dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara.

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik seperti berikut:

A) Peringkat Sarjana
B) Peringkat PhD


Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Kakitangan Bukan Akademik (SLPP)
Menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada para pentadbir dan pegawai bukan akademik IPTA bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara dan Universiti Luar Negara bagi Sesi Pengajian Pengajian Semester 1 2016/2017.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

Tuesday, 17 February 2015

Iklan Jawatan Kosong Pensyarah UiTM (Pahang)

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di Universiti Teknologi MARA (Pahang).

1. 2. JAWATAN : JAWATAN : PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP / KONTRAK

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional

Bidang:

bahasa inggeris
bahasa mandarin
fizik
kimia
biologi

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau BadanBadan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN: • Kad Pengenalan • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci) • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

4. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

5. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki HPNG/ CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

7. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

8. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE LINK INI

Monday, 16 February 2015

Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Kelantan 2015

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan sebagai Pensyarah dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Universiti Teknologi MARA Kelantan.



JAWATAN  :     PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (DM51) / PROFESOR MADYA (DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP / KONTRAK

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional


JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM


JAWATAN  :     PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (DM51) / PROFESOR MADYA (DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP/KONTRAK


GRED GAJI
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
DM45
RM 2,878.00
RM 10,075.00
DM51
RM 5,637.00
RM 11,285.00
DM53
(Prof Madya)
RM 5,922.00
RM 11,955.00
Profesor
(Gred Khas C) : VK 7
RM 7,189.63
RM 14,587.54

Tarikh tutup permohonan  ialah pada hari Ahad, 22 Februari 2015.

untuk maklumat lanjut SILA KE LINK INI

Saturday, 14 February 2015

Iklan Kekosongan Jawatan UiTM Cawangan Johor

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

Jawatan:

PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP / KONTRAK

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
 1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan dari calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:  Kad Pengenalan  Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf  Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)  Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji  Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

 4. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

5. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

 6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

 8. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

untuk maklumat lanjut SILA KE LINK INI

Saturday, 7 February 2015

IKLAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/ SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI) UNIVERSITI MALAYA 2015

Skim SLAB/SLAI adalah satu program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang diwujudkan untuk meningkatkan kualiti anggota akademik berkelayakan PhD atau setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.

Melalui skim ini, IPTA khususnya Universiti Malaya (UM) mengenalpasti calon-calon yang berkelayakan bagi ditawarkan Fellowship untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran (PhD) untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar yang mendesak mengikut keperluan disiplin.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Calon dan ibu bapa adalah warganegara Malaysia.
 2. Bagi program SLAB hanya calon bumiputera sahaja layak memohon.
 3. Berumur tidak lebih daripada 35 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 40 tahun bagi peringkat PhD.
 4. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.5 ke atas. [Calon yang belum tamat pengajian Ijazah Sarjana tidak layak untuk memohon].
5. Mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya.
6. Pemohon hanya berhak memohon satu Pusat Tanggungjawab dan satu bidang pengajian sahaja.
7. Tidak menerima sebarang ikatan perjanjian dengan pihak yang lain.
8. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja.
 9. Calon yang sedang bekerja di mana-mana jabatan Kerajaan ataupun badan berkanun adalah dikehendaki memohon melalui Ketua Jabatan.
10. Calon yang pernah mengikuti program Sarjana atau PhD di mana-mana IPT tempatan atau luar negara dan gagal dalam pengajian program tersebut adalah tidak layak memohon.
11. Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib.
12. Menyediakan kertas cadangan pengajian

CARA MEMOHON

Calon hendaklah mengisi Borang Permohonan Hadiah Latihan Di Bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)/ Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI). Untuk dapatkan borang, sila klik SLAB/SLAI’s Application Form pada bahagian more info di laman hadapan careers.
2. Calon juga hendaklah mengimbas dokumen-dokumen berikut:- (a) Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan calon. (b) Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan Ibubapa. (c) Salinan Sijil SPM/MCE/STPM/HSC atau lain-lain Sijil Akademik. (d) Salinan Ijazah Pertama/Lanjutan beserta transkrip keputusan peperiksaan bagi setiap tahun pengajian. (e) Salinan Ijazah Sarjana (bagi pencalonan di peringkat PhD). (f) Kertas Cadangan Pengajian
3. Salinan ‘softcopy’ borang permohonan dan dokumen-dokumen yang telah diimbas hendaklah diemelkan kepada um_studyleave@um.edu.my.
4. Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan.
5. Calon yang terikat dengan Kerajaan, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan perlu menyertakan surat pengesahan boleh dilepaskan dari ikatan perkhidmatan atau ikatan perkhidmatan dipindahkan ke Universiti ini. Urusan memohon pelepasan adalah tanggungjawab calon sendiri.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

Saturday, 31 January 2015

JAWATAN KOSONG PENSYARAH UKM 2015

JAWATAN KOSONG (PENSYARAH) BAGI PROGRAM ASASIpintar DI PUSAT PERMATApintar NEGARA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

JAWATANPensyarah
BIDANG1) Fizik 2) Kimia 3) Biologi 4) Kalkulus Vektor 5) Penaakulan Mantik 6) Bahasa Inggeris 7) Ekonomi 8) Undang-undang 9) Psikologi
KELAYAKANSekurang-kurangnya Ijazah Sarjana  dalam bidang seperti yang dinyatakan di atas. Ijazah Sarjana Muda: 3.00 (CGPA) Ijazah Sarjana: 3.60  (CGPA) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Syarat tambahan: Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang ingin diajar, berminat untuk mengajar pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi, boleh menerima cabaran dari murid-murid pintar, kreatif, kritis dan komited, bersedia mengadaptasi kurikulum dan sukatan pelajaran bagi menyesuaikan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas, bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan dan sihat dari segi emosi dan fizikal.
KEMASUKANApril 2015 (Kemasukan Segera)

Untuk maklumat lanjut dan cara memohon SILA KE LINK INI

Saturday, 17 January 2015

JAWATAN KOSONG AKADEMIK DI UNIMAP 2015

Unimap adalah salah satu IPTA baru yang pesat membangun dari pelbagai segi sama ada akademik dan penyelidikan. memandangkan ianya masih baru semestinya terdapat banyak kekosongan jawatan terutamanya di dalam jawatan akademik.

ini dapat dibuktikan dengan tawaran jawatan kosong yang diiklankan kerana ianya dibuka sepanjang tahun untuk beberapa tahun berturut-turut. Selaras dengan perasmian kampus induk yang baru kursus-kursus yang ditawarkan juga semakin bertambah selari dengan keperluan semasa.

bagi calon-calon yang berkelayakan, sudah semestinya ini adalah peluang terbaik untuk menjadi sebahagian daripada warga UNIMAP. peluang seperti ini tidak mudah untuk kita dapat dan gunalah peluang ini sebaik-baiknya.

bagi iklan kekosongan jawatan ini sila ke link dibawah ini

IKLAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH

Monday, 12 January 2015

PELUANG KERJAYA DI UCSI UNIVERSITY (AKADEMIK & BUKAN AKADEMIK) 2015

Bagi yang masih mencari peluang kerjaya di university seluruh malaysia. peluang terbuka lagi untuk anda di permulaan 2015 kali ini di UCSI university. UCSI university sedang mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan-jawatan kosong bagi staf akademik dan bukan akademik.

Memandangkan banyak jawatan yang ditawarkan harapan saya semoga anda semua mendapat jawatan ini.

Senarai Jawatan adalah seperti berikut:

AKADEMIK:
Professor
Professor Madya
Pensyarah
Pensyarah Sambilan
English Teacher

BUKAN AKADEMIK:
Head, Co-op Education centre & Job Placement centre
Course Administrator
Design manager
Executive Human Resources Services
Etc

Untuk maklumat lanjut sila ke link ini