Sunday, 3 January 2016

SKIM BIASISWA MYBRAINSC 2016 SUDAH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN

Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate


  • Permohonan dibuka setahun sekali bermula pada 4 Januari 2016 hingga 29 Februari 2016
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui Portal KPM
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses
  • Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD
  • Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima

3 comments:

  1. Perasaan cakap pasal nobel dan ivy league. Yang dah ke ivy leaguepun tak kumpul tanya diapa dan berapa kerat melayu dan dari uitm yang pernah ke sana...

    ReplyDelete
  2. Untuk course science je ke? Kalau IT?sy nk smbg phd ni.

    ReplyDelete