Wednesday, 24 February 2016

FORMAT BARU PENAJAAN TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ATAU SLAB/SLAI 2016

Beberapa perkara telah diubah dalam penawaran slab slai tahun 2016 dengan syarat-syarat yang lebih ketat berbanding sebelum ini.model baru ini juga sesetengah syarat berkuatkuasa juga kepada calon yang sedang dalam tajaan biasiswa ini.

Antara syarat-syarat baru penajaan biasiswa tenaga pengajar muda atau slab slai bermula tahun ini adalah seperti berikut:


  1. 300 penajaan dibuka pada setiap bulan Mac,Mei dan ogos 2016 dengan 100 penawaran setiap bulan.
  2. penawaran terhad bagi pengajian dalam negara bagi tempoh 36 bulan sahaja.
  3. tiada elemen perlanjutan akan diperuntukkan.perkara ini juga terpakai kepada pegawai tajaan slab/slai sedia ada mulai 1 mac 2016.
  4. kuota penajaan akan ditetapkan oleh kementerian melalui mesyuarat jawatankuasa biasiswa slab/slai.

Sunday, 14 February 2016

JAWATAN KOSONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) 2016

UTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti untuk Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM Johor Bahru;

1. pereka

2.pegawai teknologi maklumat
3.penolong pegawai latihan vokasional
4.penolong pegawai keselamatan
5.penolong pegawai belia dan sukan
6.pegawai psikologi

Tarikh Mula Iklan : 15 Feb 2016
Tarikh Tamat Iklan 29 Feb 2016

Nota : Permohonan jawatan adalah secara online application dipautan/link yang disertakan :-

Sunday, 10 January 2016

Peluang Kerjaya di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang

Iklan Jawatan Kosong ( TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 Januari 2016 )
Cara Permohonan
Permohonan mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan ( Bukan Akademik ) 2016
Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dengan borang ini mengikut susunan berikut:-
  1. Salinan Kad Pengenalan dan sijil lahir
  2. Salinan tamat persekolahan sekolah rendah / sijil UPSR
  3. Salinan tamat persekolahan menengah rendah / LCE / SRP / PMR
  4. Salinan  Sijil MCE/SPM, HSC / STPM atau setaraf
  5. Salinan Sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD
  6. Surat pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada) untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
Permohonan yang telah lengkap hendaklah di alamatkan kepada:-
TIMBALAN PENDAFTARBAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO. TEL : (09) 4602032 / 33 / 29
FAKS : 09-4602488
Peringatan : Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Monday, 4 January 2016

IKLAN JAWATAN KOSONG GURU INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAM (IBDP)

Bidang :
a.  Economics - di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
b.  English - di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
c.  Mathematics (SL) – di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
d.  Biology – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, Negeri Sembilan

Syarat Lantikan :
1.  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
2.  Kelulusan Ikhtisas pendidikan dari mana-mana institusi Pendidikan di Malaysia
3.  Sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sunday, 3 January 2016

SKIM BIASISWA MYBRAINSC 2016 SUDAH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN

Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate


  • Permohonan dibuka setahun sekali bermula pada 4 Januari 2016 hingga 29 Februari 2016
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui Portal KPM
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses
  • Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD
  • Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima