Monday, 26 October 2015

BERMULANYA PERJALANAN SEBAGAI CALON TENAGA PENGAJAR MUDA UiTM(COMPLETE)

Memandangkan tidak lama lagi permohonan skim tenaga pengajar muda uitm 2016 akan diiklankan, disini terdetik hati saya untuk berkongsi sedikit perjalanan sebagai seorang calon tenaga pengajar muda uitm.

sudah semestinya semua pasti teruja bila mengetahui iklan permohonan tenaga pengajar muda uitm akan dibuka.semua pastinya tidak sabar untuk membuat permohonan kerana tpm uitm adalah biasiswa yang akan menanggung segala kos perbelanjaan semasa belajar sama ada master atau pun phd, apatah lagi biasiswa ini menjanjikan anda untuk terus berkhidmat sebagai pensyarah di uitm selepas tamat belajar.makanya selepas habis belajar anda tidak perlu lagi memikirkan untuk mendapatkan pekerjaan kerana anda sudah dijamin untuk menjadi pensyarah di uitm.

akan tetapi adakah apa yang anda bayangkan itu akan menjadi kenyataan?
untuk menjawab persoalan ini mari kita fahami dahulu apa itu SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UITM.skim tenaga pengajar muda uitm adalah satu skim biasiswa yang diwujudkan oleh kementerian pendidikan tinggi(KPT) yang pada dasarnya diberi nama sebagai skim latihan akademik bumiputera (SLAB) atau skim latihan akademik ipta (SLAI).skim ini adalah hasil kerjasama antara KPT dengan universiti awam dan untuk uitm ia diberi nama sebagai tenaga pengajar muda uitm manakala universiti lain dipanggil sebagai SLAB/SLAI.Skim ini adalah terbuka kepada calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah iaitu master atau pun phd.calon yang berjaya akan menyambung pelajaran dibawah tajaan ini dimana mereka akan diberi elaun setiap bulan berserta beberapa elaun lain.yang menariknya elaun yang diberikan kepada calon adalah lebih tinggi dari gaji pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan gred gaji D41.jumlah elaun yang diberi juga adalah hasil kerjasama antara KPT dengan uitm iaitu separuh dibayar oleh KPT dan separuh lagi dibayar oleh UITM.calon yang berjaya juga akan terikat kontrak untuk belajar dalam tempoh yang diberikan dan akan berkhidmat sebagai pensyarah di uitm selepas habis belajar dengan kontrak berkhidmat tidak boleh kurang dari tujuh tahun.kontrak calon adalah terikat dengan dua pihak iaitu KPT dan uitm kerana mereka ditanggung oleh dua pihak ini.

Bagaimanakah proses memohon tenaga pengajar muda uitm?
proses permohonan ini adalah dibuat secara online melalui laman web uitm setelah iklan dibuka.permohonan ini akan dibuka jika terdapat keperluan pensyarah di uitm. maknanya selagi ada kekosongan permohonan akan dibuka dan jika tiada kekosongan tidak akan dibuka.namun setakat ini permohonan ini masih lagi dibuka setiap tahun.melalui permohonan online calon akan mengisi segala maklumat yang diperlukan.calon yang berjaya akan dipanggil untuk proses temuduga oleh pihak fakulti dan pemilihan akan dibuat berdasarkan prestasi calon semasa temuduga.selepas temuduga calon yang berjaya akan dimaklumkan dan bagi yang tidak berjaya tidak akan dimaklumkan tetapi di dalam iklan telah dinyatakan calon yang tidak dihubungi oleh pihak uitm lebih dari enam bulan telah dianggap tidak berjaya.

Bermulanya sebagai calon tenaga pengajar muda uitm.
setelah anda dimaklumkan bahawa anda berjaya mendapat biasiswa ini.maka bermula lah anda sebagai calon tenaga pengajar muda uitm.

apakah yang perlu dibuat selepas anda diberitahu bahawa anda berjaya?
ketika permohonan dibuat,telah dinyatakan bahawa calon yang berjaya perlu menduduki ujian TOEFL ataupun IELTS.setelah lulus ujian ini baru lah calon dapat menyambung pelajaran dibawah tpm uitm.selain itu calon juga perlu mendapatkan tempat pengajian untuk sambung belajar sama ada dalam negara atau pun luar negara.tidak semestinya tempat belajar adalah di uitm.akan tetapi kebiasaanya calon yang memohon phd perlu mendapatkan tempat pengajian di luar negara.tempat pengajian yang dipilih juga mestilah berada pada ranking lebih tinggi dari uitm.calon juga tidak semestinya adalah pelajar uitm sahaja kerana ianya terbuka kepada semua.Pengajian juga perlu dibuat secara sepenuh masa.kebiasaannya tempoh tawaran yang diberi kepada calon yang berjaya adalah selama 6 bulan.dalam masa 6 bulan ini sekiranya calon masih lagi tidak berjaya untuk mendapat tempat menyambung pelajaran maka tawaran ini akan terbatal.

kepada calon yang berjaya mendapat tempat pengajian perjalanan anda bermula ke peringkat seterusnya.telah dinyatakan dalam kontrak bagi calon yang menyambung master ,tempoh tajaan biasiswa adalah setahun setengah untuk coursework dan dua tahun untuk research.manakala untuk phd adalah 3 tahun.dalam tempoh ini calon mestilah berusaha untuk menghabiskan pengajian.sekiranya tidak dapat habis dalam tempoh yang diberikan tajaan tidak lagi disambung dan elaun bulanan tidak lagi diberi.dan yang penting perlu diingat bahawa calon telah pun melanggar kontrak iaitu tidak menghabiskan pengajian dalam tempoh yang diberi.pada peringkat ini calon berisiko untuk ditamatkan tajaan sepenuhnya dan calon perlu membayar pampasan kepada uitm dan kpt dengan nilai yang telah termaktub di dalam perjanjian.kebiasaanya pampasan bernilai ratusan ribu.pada ketika inilah waktu paling kritikal bagi calon kerana tekanan untuk tamatkan pengajian dan juga tekanan untuk dikenakan tindakan.jadi untuk mengelakkan keadaan ini terjadi,calon perlu fokus untuk menghabiskan pengajian dari mula mendaftar lagi.

bagi calon yang berjaya menghabiskan pengajian dalam tempoh yang diberikan, tahniah diucapkan kerana anda telah pun berjaya memenuhi perjanjian yang dibuat dengan pihak uitm dan anda juga berjaya ke peringkat seterusnya.untuk ke peringkat penempatan perkhidmatan,calon perlu menguruskan beberapa perkara.pada peringkat ini,setelah calon tamat pengajian,mereka perlu menunggu sehingga mendapat surat senat yang menyatakan mereka telah tamat kerana selagi surat senat tidak diserahkan kepada uitm,anda tidak akan ditempatkan untuk berkhidmat.setelah dapat surat senat calon perlulah menyerahkan surat itu ke bahagian biasiswa uitm iaitu JPBSM dan juga fakulti.setelah surat diserahkan insyaallah dalam masa terdekat anda akan dipanggil untuk ditempatkan ke uitm di seluruh malaysia.

setelah anda mendapat surat tawaran penempatan,status tawaran adalah pensyarah (sementara) terlebih dahulu.apabila anda mula berkhidmat,anda sekali lagi akan dipanggil untuk ditemuduga untuk hilangkan status sementara itu dan bertukar kepada status tetap.sekiranya berjaya status akan ditukar dan sekiranya tidak berjaya anda tidak akan diberhentikan tetapi status sementara dikekalkan sehingga ke temuduga kali kedua dan seterusnya.

bagi calon yang berjaya status anda telah pun ditukar kepada tetap tetapi jawatan anda masih lagi tidak disahkan.untuk mengesahkan jawatan, anda perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan di kampus masing masing.kebiasaanya syaratnya adalah anda perlu mengikuti kursus asas pengajaran (KAP),perlu mengikuti program transformasi minda (PTM) dan perlu sekurang kurangnya menerbitkan satu jurnal.setelah semua ini dipenuhi anda perlu membuat permohonan untuk pengesahan jawatan kepada rektor cawangan masing masing.sekiranya anda berjaya tahniah anda sudah pun bergelar pensyarah tetap uitm.Akhir sekali perlu diingat anda perlu berkhidmat dengan uitm paling kurang selama 7 tahun.sekiranya anda berhenti kurang daripada tempoh ini, anda juga perlu membayar pampasan kepada kpt dan uitm.

terima kasih.


Wednesday, 21 October 2015

JAWATAN KOSONG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Individu yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan PENDAFTAR. Maklumat adalah seperti:-
Kelayakan dan Pengalaman
  1. Kaedah Lantikan :
    1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      Keutamaan kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana (Master) atau PhD yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    2. Lulus SPM dengan kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
    3. Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pendidikan/organisasi sekurang-kurangnya 15 tahun serta melepasi tahap penilaian yang ditetapkan oleh Universi
  2. Kaedah Kenaikan Pangkat:
    1. Pegawai Tadbir Gred N54 di Universiti Sains Malaysia yang telah mencapai perkhidmatan yang cemerlang dan memenuhi syarat kenaikan pangkat yang sedang berkuatkuasa layak dipertimbangkan.

Fungsi dan Bidang Tugas
Menjadi Ketua Pegawai Pentadbiran serta lain-lain tugas seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan dan Statut Universiti serta Surat Cara Kerajaan.

Sunday, 11 October 2015

JAWATAN KOSONG AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK UITM JOHOR

Uni­ver­siti Teknologi MARA Cawan­gan Johor den­gan ini mem­pelawa calon-​calon Bumi­put­era War­gane­gara Malaysia yang berke­layakan dalam bidang-​bidang yang berkai­tan untuk mengisi jawatan Bukan Akademik secara Tetap/​Kontrak di Uni­ver­siti Teknologi MARA Cawan­gan Johor, Kam­pus Pasir Gudang/​Kampus Segamat.

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI