Tuesday 8 September 2015

JAWATAN KOSONG UNIMAP 2015

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, pro-aktif dan komited adalah dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan berikut dalam perkhidmatan awam di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
JAWATAN AKADEMIK
BIL
NAMA JAWATAN
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
GRED
1.
PROFESOR
Perkhidmatan Pendidikan
KHAS C (VK7)
2.
PROFESOR MADYA
Perkhidmatan Pendidikan
DS53
3.
PENSYARAH UNIVERSITI
Perkhidmatan Pendidikan
DS45

SYARAT-SYARAT UMUM

A. PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN
Calon-calon yang menduduki dan memiliki sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:
a)  lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; ATAU
b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; DAN
c) memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (termasuk Ujian Lisan) dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK DI BAWAH:


No comments:

Post a Comment