Syarat-syarat Permohonan
Bagi calon BUKAN kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT).
**Bagi calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :-
- Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Oktober 2016 (Lahir selepas 2 Oktober 1976);
- Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
- Berkhidmat secara tetap;
- Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
- Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
- Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh 3 tahun (genap 36 bulan) berturut-turut (2012, 2013 & 2014);
- Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka pendek/panjang sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 seperti berikut (jika berkenaan):-
- Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan di dalam dan di luar Negara mestilah melepasi genap satu (1) tahun tamat kursus terdahulu ;dan
- Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam dan di luar Negara mestilah melepasi genap dua (2) tahun tamat kursus jangka panjang terdahulu.
- Telah mengisytiharkan harta;
- Tidak disenarai hitamkan / tersenarai sebagai peminjam tegar;
- Bersih daripada pertuduhan tatatertib; dan
- Bebas daripada dakwaan Mahkamah.
No comments:
Post a Comment