Saturday 7 February 2015

IKLAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/ SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI) UNIVERSITI MALAYA 2015

Skim SLAB/SLAI adalah satu program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang diwujudkan untuk meningkatkan kualiti anggota akademik berkelayakan PhD atau setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.

Melalui skim ini, IPTA khususnya Universiti Malaya (UM) mengenalpasti calon-calon yang berkelayakan bagi ditawarkan Fellowship untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran (PhD) untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar yang mendesak mengikut keperluan disiplin.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Calon dan ibu bapa adalah warganegara Malaysia.
 2. Bagi program SLAB hanya calon bumiputera sahaja layak memohon.
 3. Berumur tidak lebih daripada 35 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 40 tahun bagi peringkat PhD.
 4. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.5 ke atas. [Calon yang belum tamat pengajian Ijazah Sarjana tidak layak untuk memohon].
5. Mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya.
6. Pemohon hanya berhak memohon satu Pusat Tanggungjawab dan satu bidang pengajian sahaja.
7. Tidak menerima sebarang ikatan perjanjian dengan pihak yang lain.
8. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja.
 9. Calon yang sedang bekerja di mana-mana jabatan Kerajaan ataupun badan berkanun adalah dikehendaki memohon melalui Ketua Jabatan.
10. Calon yang pernah mengikuti program Sarjana atau PhD di mana-mana IPT tempatan atau luar negara dan gagal dalam pengajian program tersebut adalah tidak layak memohon.
11. Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib.
12. Menyediakan kertas cadangan pengajian

CARA MEMOHON

Calon hendaklah mengisi Borang Permohonan Hadiah Latihan Di Bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)/ Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI). Untuk dapatkan borang, sila klik SLAB/SLAI’s Application Form pada bahagian more info di laman hadapan careers.
2. Calon juga hendaklah mengimbas dokumen-dokumen berikut:- (a) Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan calon. (b) Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan Ibubapa. (c) Salinan Sijil SPM/MCE/STPM/HSC atau lain-lain Sijil Akademik. (d) Salinan Ijazah Pertama/Lanjutan beserta transkrip keputusan peperiksaan bagi setiap tahun pengajian. (e) Salinan Ijazah Sarjana (bagi pencalonan di peringkat PhD). (f) Kertas Cadangan Pengajian
3. Salinan ‘softcopy’ borang permohonan dan dokumen-dokumen yang telah diimbas hendaklah diemelkan kepada um_studyleave@um.edu.my.
4. Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan.
5. Calon yang terikat dengan Kerajaan, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan perlu menyertakan surat pengesahan boleh dilepaskan dari ikatan perkhidmatan atau ikatan perkhidmatan dipindahkan ke Universiti ini. Urusan memohon pelepasan adalah tanggungjawab calon sendiri.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

No comments:

Post a Comment