Falsafah Skim Geran Penyelidikan Fundamental
Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Untuk ini sebuah dana khusus diperlukan. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dapat menggalakkan penyelidikan asas untuk menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.
1.2 Definisi Skim Geran Penyelidikan Fundamental
Penyelidikan Fundamental merupakan penyelidikan asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu.
1.3 Tujuan Skim Geran Penyelidikan Fundamental
Penyelidikan ini bertujuan untuk menggalakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru dan penciptaan yang inovatif yang boleh mengembangkan sempadan ilmu.
1.4 Bidang Penyelidikan
Pembiayaan geran FRGS meliputi bidang-bidang asas yang dapat menyokong agenda strategik negara. Bidang-bidang yang dikenalpasti adalah:-
A. Sains Tulen (Pure Science)
B. Sains Gunaan (Applied Science)
C. Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
D. Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
E. Sains Sosial (Social Sciences)
F. Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
G. Sains Tabii dan Warisan Negara (Natural Sciences and National Heritage)
DOWNLOAD DETAIL ON FRGS HERE
BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH SKIM YANG DITAWARKAN OLEH UITM KEPADA CALON-CALON YANG BERMINAT UNTUK MENJADI PENSYARAH DI UITM.SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH HASIL KERJASAMA PIHAK KPT DAN UITM.Blog ini bukanlah blog rasmi biasiswa skim tenaga pengajar muda uitm.ianya hanyalah blog khas untuk memberi sebarang maklumat mengenai tenaga pengajar muda samada untuk yang baru nak apply,yang dah apply dan yang berminat mengenainya.
Thursday, 27 June 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment