KUALA LUMPUR: Permohonan untuk mendapatkan biasiswa kerajaan Jepun bagi rakyat Malaysia yang mahu melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama dan pascaijazah sesi akademik 2013 di negara itu, kini dibuka.
Kedutaan Jepun, dalam satu kenyataan di sini, menyatakan biasiswa Monbukagakusho untuk ijazah pertama itu terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia atau O-Level dengan sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan rasmi dan juga lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil Peperiksaan Bersepadu, Matrikulasi dan Diploma.
Pemohon mesti berusia antara 17 dan 22 tahun pada 1 April 2013 dan mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Permohonan mesti tiba di kedutaan sebelum 4 petang pada 13 April ini, kata kenyataan itu hari ini.
Calon yang layak akan menerima elaun 117,000 yen (kira-kira RM4,300) bagi tempoh lima hingga tujuh tahun pengajian, bermula April tahun depan.
Sementara itu, bagi pemohon peringkat pascaijazah, mereka mesti berusia di bawah 35 tahun pada 1 April 2013, memiliki ijazah sarjana muda kelas pertama atau kelas kedua tinggi, dan penuntut ijazah pertama yang kini di tahun akhir pengajian.
Menurut kenyataan itu, penjawat awam juga layak memohon menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam dengan melayari laman web www.jpa.gov.my atau menghubungi talian 03-8885 3432.
Pemohon yang layak akan menerima elaun 143,000 yen (kira-kira RM5,300) bagi tempoh setahun setengah hingga dua tahun kursus, bermula April atau Oktober 2013.
Tarikh akhir permohonan bagi bukan penjawat awam ialah sebelum 4 petang pada 6 April dan 30 Mac untuk penjawat awam.
Mereka yang berminat boleh dapatkan borang di Kedutaan Jepun di sini atau memuat turun dan mencetaknya daripada laman web www.my.emb-japan.go.jp, atau menghantar sampul surat beralamat sendiri dan bersetem 80 sen ke Japan Information Service, Kedutaan Jepun, No. 11 Persiaran Stonor Off Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur
Pemohon mesti menulis "Undergraduate" atau "Postgraduate" pada sudut atas sebelah kiri semua sampul surat sebelum menghantarnya.
Maklumat lanjut juga boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-2177 2600 (samb 146 bagi ijazah pertama, dan 157 untuk pascaijazah). - BERNAMA
BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH SKIM YANG DITAWARKAN OLEH UITM KEPADA CALON-CALON YANG BERMINAT UNTUK MENJADI PENSYARAH DI UITM.SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH HASIL KERJASAMA PIHAK KPT DAN UITM.Blog ini bukanlah blog rasmi biasiswa skim tenaga pengajar muda uitm.ianya hanyalah blog khas untuk memberi sebarang maklumat mengenai tenaga pengajar muda samada untuk yang baru nak apply,yang dah apply dan yang berminat mengenainya.
Wednesday, 7 March 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment