UNTUK PENGETAHUAN SEMUA.SKIM YANG DITAWARKAN OLEH UNIMAP INI ADALAH SAMA DENGAN SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UITM KERANA DUA-DUA ADALAH DIBAWAH TAJAAN KPT.KEPADA YANG BERMINAT BOLEH MENCUBA NASIB DENGAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN ANDA
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
TAWARAN BIASISWA UniMAP/SLAB & SLAI-KPT
BAGI TAHUN 2010/2011
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang ingin membina kerjaya sebagai Pensyarah Universiti, serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) atau Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) 2010/2011 anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi mengikuti kursus-kursus Sarjana/Ijazah Kedoktoran dalam bidang-bidang berikut:BAGI TAHUN 2010/2011
Kejuruteraan Mikroelektronik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Metalurgi, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Kejuruteraan Elektronik Industri, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Biosistem (Kejuruteraan Pertanian), Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, Kejuruteraan Struktur, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanosains, Kejuruteraan Nanobioteknologi, Perniagaan, Keusahawanan, Ekonomi, Kewangan & Perbankan, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia, Pemasaran, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Komunikasi & Teknologi Maklumat, Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan, Hubungan Etnik, Tamadun Islam, Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa, Psikologi, Kaunseling
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Calon-calon mestilah mempunyai:
a. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).
b. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
c. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan atau Keusahawanan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).
d. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan atau Keusahawanan, Ekonomi, Kewangan & Perbankan, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia dan Pemasaran dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
e. Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Ijazah Sarjana Muda Sains atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).
f. Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Ijazah Sarjana Muda Sains atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
2. Memperolehi kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.
3. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D dan tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.
4. Menyertakan cadangan penyelidikan yang lengkap.
5. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE.
6. Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Firma.
7. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
8. Calon yang masih belum tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda tidak layak memohon.
CARA-CARA MEMOHON
Borang permohonan beserta maklumat berkaitan elaun serta kemudahan-kemudahan yang diperolehi di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera/IPTA boleh diperolehi sama ada dengan datang sendiri atau melalui pos dengan mengemukakan sampul surat berukuran 25cm x 32cm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri kepada:-
Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Perlis
Tingkat 1, Bangunan KWSP
Jalan Bukit Lagi
01000 Kangar
Perlis
(Sila catatkan SLAB & SLAI/UniMAP 2010/2011 dan nyatakan bidang pengkhususan di sudut kiri sampul surat permohonan)Universiti Malaysia Perlis
Tingkat 1, Bangunan KWSP
Jalan Bukit Lagi
01000 Kangar
Perlis
Borang juga boleh diperolehi di sini :- ( Borang Permohonan )
PERMOHONAN ADALAH DIBUKA SEPANJANG TAHUN
PERINGATAN
1. Pemohon adalah dikehendaki membuat persediaan awal dengan mengambil peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan) dan juga telah mendapat tawaran pengajian di universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
2. Borang-borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
No comments:
Post a Comment