Wednesday, 19 October 2011

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi 2 2011/ 2012

  1. Permohonan dalam talian melalui laman web http://online.uitm.edu.my/ akan dibuka pada 15 Oktober 2011 (Sabtu) Jam 12 Tengahari sehingga 16 November 2011 bagi peringkat pengajian:
    • Program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa
    • Program Profesional (LW222 dan LW601 sahaja)
    • Penerapan pelajar UiTM sahaja Sepenuh Masa
    • Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Luar Kampus (PLK) (rujuk pautan Program yang ditawarkan melalui http://online.uitm.edu.my/ )
    • Program Ijazah Sarjana Muda Setara Sepenuh Masa (SS)  (rujuk pautan Program yang ditawarkan melalui http://online.uitm.edu.my/ )
  2. Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin ATM BSN bermula 15 Oktober 2011 sehingga 16 November 2011.
  3. Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat http://online.uitm.edu.my/ dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.

No comments:

Post a Comment