Wednesday, 26 October 2011

CAREER FOR MALAYSIAN CITIZENS IN FELCRA BERHAD 2011

FELCRA menjemput individu-individu berkelayakan dan bermotivasi bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
  1. Penolong Eksekutif (Perladangan)
  2. Penolong Eksekutif (Pentadbiran)
  3.  
  4. Penolong Eksekutif (Pembangunan Peserta)

Permohonan hendaklah menggunakan Borang FELCRA 1 atau menghantar ‘resume’ beserta salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan serta dokumen sokongan yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport. Sila tuliskan nama jawatan di sudut kiri sampul surat dan majukan permohonan tersebut
kepada:-

Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 4, Wisma FELCRA,
Lot PT 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254,
50772 Kuala Lumpur

Tarikh Tutup :- 15 November 2011

MAKLUMAT LANJUT Sila Klik Sini

Monday, 24 October 2011

Notis Penghantaran Dokumen Lengkap Biasiswa TPM Yang Telah Memulakan Pengajian / Dalam Pengajian

Kepada penerima tawaran Skim Biasiswa TPM tahun 2011/2012 yang telah memulakan pengajian / dalam pengajian.


Tuan/Puan diminta untuk mengemukakan dokumen sokongan tawaran yang telah LENGKAP  mengikut senarai semak yang telah dinyatakan dalam buku panduan biasiswa. Selewat-lewatnya pada 01 November 2011.


Dokumen berkenaan adalah bagi urusan penajaan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kelewatan penghantaran dokumen akan mempengaruhi tempoh penajaan pengajian.


Sekian ,harap maklum.

sumber dari jpbsm 

Wednesday, 19 October 2011

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi 2 2011/ 2012

  1. Permohonan dalam talian melalui laman web http://online.uitm.edu.my/ akan dibuka pada 15 Oktober 2011 (Sabtu) Jam 12 Tengahari sehingga 16 November 2011 bagi peringkat pengajian:
    • Program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa
    • Program Profesional (LW222 dan LW601 sahaja)
    • Penerapan pelajar UiTM sahaja Sepenuh Masa
    • Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Luar Kampus (PLK) (rujuk pautan Program yang ditawarkan melalui http://online.uitm.edu.my/ )
    • Program Ijazah Sarjana Muda Setara Sepenuh Masa (SS)  (rujuk pautan Program yang ditawarkan melalui http://online.uitm.edu.my/ )
  2. Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin ATM BSN bermula 15 Oktober 2011 sehingga 16 November 2011.
  3. Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat http://online.uitm.edu.my/ dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.

Tuesday, 11 October 2011

BORANG-BORANG YANG DIPERLUKAN UNTUK TPM UITM

tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya mendapat tawaran tpm uitm tahun 2011.ingin diingatkan disini supaya cepat-cepat uruskan borang-borang tpm kerana ianya memakan masa untuk diselesaikan.untuk elaun juga hanya akan diberi selepas semua borang-borang ini dihantar.selepas 3 bulan borang dihantar barulah anda mendapat elaun pertama anda.jikalau lambat menghantar borang maka lagi lambat la elaun masuk.untuk memudahkan urusan anda semua,di sini saya sertakan borang-borang yang diperlukan untuk tpm uitm ini.harap ianya membantu.

DAPATKAN BORANG DI SINI

Thursday, 6 October 2011

PENGGUNAAN SOFTWARE ENDNOTE UNTUK RESEARCHERS

Ramai penyelidik, penulis ilmiah, pelajar, dan pustakawan menggunakan EndNote untuk mencari pangkalan data bibliografi dalam talian, menyusun rujukan mereka, imej dan PDF dalam bahasa apa-apa sahaja, dan mewujudkan senarai bibliografi dan angka serta-merta. Daripada menghabiskan masa menaip bibliografi, atau menggunakan kad indeks untuk menganjurkan rujukan mereka, ianya lebih mudah dilakukan dengan menggunakan ENDNOTE.

untuk sesiapa yang ingin mendapatkan software ini, anda boleh dapatkan 


DI SINI