KUALA LUMPUR, 16 September: – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi mendominasi Persidangan dan Ekspo Antarabangsa Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi (PECIPTA) 2011 apabila memenangi emas terbanyak di pameran selama tiga hari yang berakhir semalam.
Naib Canselor Profesor Datuk Ir Dr Zaini Ujang berkata, pencapaian cemerlang UTM memenangi sembilan pingat emas pada tahun ini mengulangi kejayaan tahun 2009 apabila memenangi emas terbanyak bersama Universiti Malaya (UM).
PECIPTA yang diadakan setiap dua tahun sekali merupakan ekspo inovasi yang terbesar dan berprestij di negara ini kerana disertai oleh semua institusi pengajian tinggi awam.
PECIPTA dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan tuan rumah dipilih di kalangan unversiti awam.
Pada tahun ini PECIPTA disertai oleh 24 institusi pengajian tinggi awam dan swasta membabitkan lebh 450 produk.
Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan UTM ialah semua produk yang dipamerkan adalah produk baru yang belum pernah menyertai sebarang pertandingan dan telah diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi.
Selain itu, produk berkenaan mempunyai pelan perancangan perniagaan dan telah mendapat perlindungan harta intelek.
Dua penyelidik UTM Profesor Dr Noor Aini Abd Rashid dan Prof Madya Dr Mohamad Kamal A Rahim masing-masing memenangi dua ingat emas.
Penyelidik yang turut memenangi pingat emas ialah Prof Dr Azman Hassan, Dr Mohd Ridzuan Ahmad, Prof Madya Ir Dr Shahrul Kamal Abdul Rahim, Mailin Mison dan Profesor Dr Naomie Salim.
Mailin yang bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Institut Pembangunan Bioproduk menghasilkan coklat minyak kelapa dara yang kaya dengan antioksida.
Coklat yang dihasilkannya menyediakan keperluan nutrisi harian untuk tubuh bagi meningkatkan sistem ketahanan badan untuk mencegah serangan penyakit.
BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH SKIM YANG DITAWARKAN OLEH UITM KEPADA CALON-CALON YANG BERMINAT UNTUK MENJADI PENSYARAH DI UITM.SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH HASIL KERJASAMA PIHAK KPT DAN UITM.Blog ini bukanlah blog rasmi biasiswa skim tenaga pengajar muda uitm.ianya hanyalah blog khas untuk memberi sebarang maklumat mengenai tenaga pengajar muda samada untuk yang baru nak apply,yang dah apply dan yang berminat mengenainya.
Saturday, 17 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment