Saturday, 22 August 2015

BIASISWA KOMANWEL DI UNITED KINGDOM 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini JPA sekali lagi telah menerima tawaran Biasiswa Komanwel Di United Kingdom 2016 bagi Pengajian Peringkat Sarjana dan Kedoktoran.Sehubungan dengan itu, permohonan program ini dibuka mulai 20 Ogos 2015 sehingga 19 November 2015.

Syarat-syarat Permohonan

Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Commonwealth Scholarships.
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur Commonwealth Scholarships Commission dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
(a) Berkhidmat secara tetap;
(b) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
(c) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
(d) Umur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada tarikh tutup permohonan;
(e) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Markah keseluruhan IELTS tidak kurang 6.5 bagi peperiksaan yang diambil selepas 1 Oktober 2014;
(f) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014);
(g) Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan. (dikira dari tarikh permohonan);
(h) Telah mengisytiharkan harta;
(i) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
(j) Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA.


Monday, 17 August 2015

ARAHAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.      Dimaklumkan bahawa, pihak PTPTN telah membuat pembentangan berhubung Status Prestasi Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Penjawat Awam Mengikut Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan dalam Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan (Mesyuarat KSU & KP) pada 17 Jun 2015. Selaras dengan keputusan mesyuarat tersebut, pegawai yang masih mempunyai baki pinjaman PTPTN dikehendaki membuat bayaran dengan kadar segera melalui potongan gaji bulanan. 

3.      Berdasarkan rekod PTPTN, terdapat seramai 51,884 orang pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di KPM telah gagal membayar balik pinjaman PTPTN mengikut terma yang dipersetujui dalam kontrak. Mengikut terma kontrak, bayaran balik pinjaman perlu dijelaskan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi.

4.      Sehubungan itu, atas kepentingan perkhidmatan awam, tuan/puan yang masih belum menjelaskan hutang pinjaman PTPTN diarahkan untuk menyelesaikan keterhutangan berkenaan dengan pihak PTPTN melalui kaedah pemotongan gaji bulanan. Kegagalan tuan/puan melaksanakan arahan ini boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut:

Monday, 27 July 2015

BIASISWA TAJAAN YAYASAN PELAJARAN MARA UNTUK MASTER & PHD 2016

Yayasan Pelajaran MARA, MJHEP mempelawa calon bumiputra yang berminat dan berkelayakan untuk memohon skim pembiayaan pasca siswazah bagi bidang kejuruteraan dan sains. Untuk permohonan serta maklumat lanjut, sila klik pada pautan di bawah.

SILA KLIK DISINI

Monday, 13 July 2015

Tawaran Biasiswa oleh Kerajaan Morocco kepada Pelajar Malaysia (Tahun Akademik 2015-2016)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima Tawaran Biasiswa oleh Kerajaan Morocco. Biasiswa ini menawarkan 15 biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berminat untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Sarjana Muda di Morocco. Biasiswa yang ditawarkan merangkumi kos pengajian, insurans kesihatan, elaun penempatan, elaun makanan dan elaun bulanan.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

Monday, 6 July 2015

IKLAN JAWATAN KOSONG GURU INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAM (IBDP)

IKLAN JAWATAN KOSONG:  GURU INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAM (IBDP)
Bidang :
a.  Matematik (SL) – di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
b.  Biology – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, Negeri Sembilan
c.  Visual Arts – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, Negeri Sembilan

Syarat Lantikan :
1.  Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
2.  Kelulusan Ikhtisas pendidikan dari mana-mana institusi Pendidikan di Malaysia
3.  Sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.

SYARAT-SYARAT UMUM
A. TARAF JAWATAN
a)     Semua jawatan akan dilantik secara TETAP.
B. KEWARGANEGARAAN, UMUR DAN KEMAHIRAN
Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh lantikan.
Calon-calon hendaklah fasih Berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mampu bekerja dengan pengawasan minimum serta proaktif dalam tugas yang diberikan.
C. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Pihak Berkuasa Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan / Majikan dengan melampirkan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.
D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Monday, 29 June 2015

BIASISWA SLAB/SLAI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA (UTEM)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang ingin membina kerjaya sebagai Pensyarah Universiti dan mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) dan Skim Latihan Pensyarah IPTA (SLAI) anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi mengikuti kursus-kursus dalam bidang-bidang seperti mana diiklankan.

BIASISWA YANG DITAWARKAN

 1. Calon dipelawa untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan luar negara. Permohonan bagi negara Amerika Syarikat, German, Jepun dan New Zealand adalah digalakkan dan diberikan keutamaan. 2. Sekiranya permohonan pengajian di luar negara, tempat pengajian mestilah tersenarai dalam 200 Universiti terbaik dunia dalam sesuatu bidang pengajian yang dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE).

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

PERMOHONAN BIASISWA DI BAWAH PROGRAM ADVANCED DIPLOMA / PROFESSIONAL CERTIFICATES BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA