Wednesday, 18 November 2015

PERMOHONAN MYBRAIN15 SEHINGGA 30 NOVEMBER 2015

Dimaklumkan bahawa, Bahagian Biasiswa telah menetapkan tarikh akhir permohonan Program Pembiayaan MyBrain15 (MyMaster, MyPhD & MyPhD Industri) adalah pada 30 November 2015, jam 11.59 malam.
Permohonan Program Pembiayaan MyBrain15 hendaklah dihantar melalui atas talian dihttps://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/index.php sebelum tarikh berkenaan dan permohonan lewat akan ditolak serta merta.
Dimaklumkan juga, permohonan Program Pembiayaan MyBrain15 yang telah dihantar pada bulan Ogos hingga Oktober 2015 sedang diproses untuk kelulusan dan sebarang maklumat berkaitan keputusan akan dimaklumkan melalui emel dan sms.
Maklumat berkaitan pelaksanaan MyBrain15 pada tahun 2016 dan seterusnya juga akan dimaklumkan dan dikemaskini melalui laman Facebook dan portal MyBrain15.

Monday, 16 November 2015

IKLAN JAWATAN AKADEMIK DAN BIASISWA SLAM BAGI TAHUN 2016 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU(UMT)

SKIM LATIHAN AKADEMIK MUDA (SLAM)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah:
1. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.
2. Berumur tidak melebihi 40 tahun.
3. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
4. Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Swasta.
5. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
6. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan yang lengkap.

BIASISWA YANG DITAWARKAN

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang telah mendapat tawaran pengajian di universiti universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Sekiranya pilihan universiti adalah di luar negara, universiti berkenaan mestilah berada dalam senarai 200 universiti terbaik berdasarkan kepada Times Higher Education (THE) Ranking ataupun dalam senarai 100 universiti terbaik berdasarkan QS World University Ranking by Subject.
Calon adalah dikehendaki membuat persediaan awal dengan mengambil peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan).

IKATAN PERJANJIAN
Calon yang berjaya akan terikat untuk berkhidmat dengan UMT bagi tempoh yang berdasarkan kepada dokumen perjanjian yang ditandatangani.

ELAUN YANG DITAWARKAN
i) Elaun Peribadi sebanyak RM2,500.00 sebulan akan dibayar oleh UMT
 ii) Elaun-elaun lain yang berkaitan pada kadar bujang akan dibayar oleh KPM (Biasiswa SLAB/SLAI)
iii) Bagi calon yang membawa keluarga , elaun keluarga akan dibayar oleh UMT.

UNTUK KETERANGAN LANJUT KLIK LINK DIBAWAH

KLIK DISINI

Sunday, 15 November 2015

NEW VACANCIES AT UITM SARAWAK

Universiti Teknologi MARA (UiTM) is Malaysia's largest institution of higher learning in terms of size and population. It has experienced phenomenal growth since its inception in 1956 and it is still growing. Beside the main campus in Shah Alam, the university has expanded nationwide with 12 state campuses, 6 satellite campuses in Shah Alam, 11 state satellite campuses and 21 affiliated colleges. With this vast network and a workforce of 17,770, the university offers more than 500 academic programmes in a conducive and vibrant environment. It is also home to some 175,200 students.

To accommodate the increasing number of students, six new branch campuses were completed by 2014, namely Phase 2 of Puncak Alam Campus, Samarahan 2 Campus in Sarawak, Jasin Campus in Melaka, Pasir Gudang Campus in Johor, Seremban Campus in Negeri Sembilan and Tapah 2 Campus in Perak.

UiTM’s plan to strengthen the governance of the university resulted in the establishment of a system called 1 University 2 System ((1U2S). Based on this system, which was approved by the Board of Directors in 2007, there is an anchor university and 12 state universities. With the new system of governance, the university is able to optimise the use of its resources to enhance excellence in research, technology and learning as well as community service.
This year an new vacancies were open for candidates who are willing to works at uitm sarawak.

Saturday, 7 November 2015

PERSOALAN MENGENAI TPM

apa itu tenaga pengajar muda Uitm?
skim biasiswa yang ditawarkan oleh uitm untuk postgraduate study hasil kerjasama antara kpm dan uitm.

bilakah permohonan dibuka?
dibuka setiap tahun mengikut keperluan kekosongan pensyarah

setelah permohona ditutup.bilakah keputusan temuduga akan diberitahu?
paling lama 6 bulan

setelah interview bilakah keputusan akan diberitahu?
paling lama 6 bulan sekiranya tidak mendapat apa2 makluman selepas tarikh itu dianggap tidak berjaya.

bahagian manakah saya patut berurusan mengenai tpm?
fakulti dan jabatan pembangunan, bisiswa dan sumber manusia(JPBSM)

saya baru sahaja tamat belajar diperingkat ijazah sarjana muda.bolehkah saya memohon tpm?
boleh dengan syarat perlu tunggu keputusan semester akhir dan perlu mendapatkan transkrip sementara yang disahkan universiti.

saya dalam tahun akhir master dan dalam proses tunggu viva.bolehkah saya mohon?
tidak boleh kerana keputusan viva belum diketahui.

saya belajar dari universiti lain.bolehkah saya mohon?
boleh

bolehkah saya sambung belajar di universiti lain setelah mendapat tawaran?
boleh

syarat terbaru permohonan tpm 2016 ialah lepas dari senarai peminjam ptptn tegar.apa maksud ptptn tegar?
peminjam yang tidak pernah bayar ptptn.

saya sedang buat master atau phd sekarang.bolehkah saya mohon?
tidak boleh

pointer saya bawah 3.0.bolehkah saya mohon?
tidak boleh kerana mesti 3.0 ke atas.

saya bukan rakyat malaysia.bolehkah saya mohon?
tidak boleh

adakah tpm diberi elaun setiap bulan?
ya

saya pernah ditaja oleh JPA.bolehkah saya apply tpm?
boleh

saya ingin apply bidang yang saya minat tetapi bukan bidang masa saya belajar dlu?
tidak boleh

utk tpm kena belajar fulltime atau part time?
fulltime.

berapakah syarat umur utk apply tpm?
maksimum 30 utuk master dan 35 utk phd

kena ada proposal ke utk apply tpm?
perlu ada untuk phd candidates.

mcm mana nak apply tpm?
melalui online di etpm website

dimanakah saya akan ditempatkan berkhidmat sbg pensyarah setelah tamat belajar nanti?
di semua cawangan uitm mengikut kekosongan.

berapa lamakah masa diambil untuk saya posting setelah habis belajar?
selepas dapat surat senat proses mengambil masa lebih kurang sebulan

apakah yang akan berlaku jika saya tidak tamat belajar?
didenda bayarn pampasan kepada uitm

apakah yang akan berlaku jika saya tidak berkhidmat selama 7 tahun di uitm?
didenda bayaran pampasan kepada uitm.