Monday 28 September 2015

JAWATAN KOSONG AKADEMIK INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di IAB Induk dan semua Cawangan.

1. Pensyarah Kanan Gred DG48
a) Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana; dan
b) Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di atas Gred DG44 atau Gred DG48

2. Pensyarah Gred DG44
a) Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana; dan
b) Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41

3. Pegawai Penyunting Gred DG41
a) Berpengalaman menjadi editor dan membuat suntingan serta terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali;
b) Memiliki sijil penterjemahan daripada institusi yang diiktiraf; dan
c) Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE LINK INI

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    saya pelajar PhD di bawah tajaan MyBrain15. Selain geran Dr., ada tak dana yang saya boleh mohon sekiranya berminat mengikuti kursus pendek/ attachment di luar negara? saya dah bertanya international office di IPT bagi program pertukaran pelajar, tapi mereka taja undergrad shj. PhD kena support sendiri. Tuan Admin ada apa2 cadangan untuk mohon dana dari mana2 badan?

    ReplyDelete