Wednesday 7 January 2015

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa calon-calonWARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seperti berikut:
i. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) EM London
ii. Pengarah Gred 48/52 (Terbuka) EM Los Angeles
iii. Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka) EM Indonesia

3. Berikut adalah syarat-syarat umum permohonan:

i. Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;

ii. Pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;

iii. Mempunyai prestasi kerja di tahap 85% (melebihi sasaran/cemerlang) dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2011, 2012 dan 2013);

iv. Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;

v. Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan

vi. Pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

No comments:

Post a Comment