Friday, 9 December 2011

Jawatan Kosong Pengajar Pra- Diploma UTHM

PENGENALAN 
K-Utech Edu Sdn. Bhd. (anak syarikat UTHM Holdings) akan menjalankan dua buah program yang dikenali sebagai:

1. Program Persediaan Diploma
2. "Engineering Apprenticeship Program" (EAP)
Kedua-dua program ini disertai oleh pelajar-pelajar lepasan SPM 2011 yang berminat dalam bidang kejuruteraan.
Program Persediaan Diploma menjurus kepada pengukuhan pengetahuan berhubung sains matematik dan kejuruteaan. Manakala EAP pula lebih menekankan kepada pengetahuan dan kemahiran di dalam  bidang-bidang kejuruteraan seperti kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam, di samping kemahiran penguasan dalam bahasa inggeris komunikasi, teknologi maklumat dan keusahawanan.
JAWATAN
Pengajar bertaraf Kontrak atau Sambilan

K-Utech Edu mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara KONTRAK / SAMBILAN seperti berikut :-
a. Kejuruteraan Elektrik
b. Kejuruteraan Mekanikal
c. Kejuruteraan Awam
d. Teknologi Maklumat
e. Sains Kejuruteraan
f. Matematik
g. Bahasa Inggeris
h. Keusahawanan
SYARAT KELAYAKAN

(a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (CGPA 2.7 dan ke atas) DAN
(b)  Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan adalah kepada calon-calon mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan)
CARA MEMOHON
a)     Borang permohonan boleh diperolehi di sini http://uhsb.uthm.edu.my/kutechedu/borang_pengajar.pdf

b)     Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat di bawah :-

K-UTECH EDU SDN BHD
No 65 Jalan Universiti 1,
Taman Universiti,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

c)      Borang permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan dilayan.

d)      Sebarang pertanyaan sila hubungi :-

MOHAMAD FIRDAUS B SAIRI

Tel:  07 453 5143
Fax: 07 453 5068
Atau email kepada : mfirdaus_sairi@yahoo.com
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH SEBELUM ATAU PADA 15 DISEMBER 2011

Tuesday, 6 December 2011

Anugerah Akademik UiTM 2011

Bahagian Hal Ehwal Akademik kini membuka permohonan dan pencalonan bagi Anugerah Akademik 2011 yang akan disampaikan sewaktu Majlis Transformasi Akademik (AcT) 2012 yang akan diadakan pada penghujung Januari 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor. Borang permohonan boleh dimuat turun di bawah:
Kategori Utama

a.    Anugerah Tokoh Akademik UiTM
b.    Anugerah Inovasi & Pengkomersialan Produk
c.    Anugerah Penerbitan Buku
d.    Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
e.    Anugerah Pengajaran
f.    Anugerah Seni & Kreativiti

Kategori Khas

a.    Anugerah Penyelidik Terbaik
b.    Anugerah Penulis Terbaik
c.    Anugerah Penceramah Terbaik
d.    Anugerah e-Pembelajaran

Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Disember 2011 (Selasa). Permohonan perlu sampai sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tersebut kepada:

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 SHAH ALAM
(UP: Urus Setia Anugerah Akademik UiTM 2011)


Untuk maklumat lanjut sila klik pautan di bawah :
http://hea.uitm.edu.my/component/content/article/1-latest-news/143-anugerah-akademik-uitm-2011.html

Sunday, 4 December 2011

UiTM Job Vacancy (Administration)

Job Vacancy (Administration)

Attention: open in a new window. PDF Print E-mail
Job Vacancy (Administration)
For more information please click advertisement below :
(The information is hosted in Malay)

Thursday, 24 November 2011

Iklan Tawaran Biasiswa SLAB/SLAI-KPT 2010/2011(UNIMAP)

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA.SKIM YANG DITAWARKAN OLEH UNIMAP INI ADALAH SAMA DENGAN SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UITM KERANA DUA-DUA ADALAH DIBAWAH TAJAAN KPT.KEPADA YANG BERMINAT BOLEH MENCUBA NASIB DENGAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN ANDA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
TAWARAN BIASISWA UniMAP/SLAB & SLAI-KPT
BAGI TAHUN 2010/2011
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang ingin membina kerjaya sebagai Pensyarah Universiti, serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) atau Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) 2010/2011 anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi mengikuti kursus-kursus Sarjana/Ijazah Kedoktoran dalam bidang-bidang berikut:
Kejuruteraan Mikroelektronik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Metalurgi, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Kejuruteraan Elektronik Industri, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Biosistem (Kejuruteraan Pertanian), Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, Kejuruteraan Struktur, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanosains, Kejuruteraan Nanobioteknologi, Perniagaan, Keusahawanan, Ekonomi, Kewangan & Perbankan, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia, Pemasaran, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Komunikasi & Teknologi Maklumat, Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan, Hubungan Etnik, Tamadun Islam, Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa, Psikologi, Kaunseling
  
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Calon-calon mestilah mempunyai:
a. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).
b. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
c. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan atau Keusahawanan dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).
d. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan atau Keusahawanan, Ekonomi, Kewangan & Perbankan, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia dan Pemasaran dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
e. Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Ijazah Sarjana Muda Sains atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D).
f. Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Ijazah Sarjana Muda Sains atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
2. Memperolehi kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.
3. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D dan tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.
4. Menyertakan cadangan penyelidikan yang lengkap.
5. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE.
6. Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Firma.
7. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
8. Calon yang masih belum tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda tidak layak memohon.

CARA-CARA MEMOHON
Borang permohonan beserta maklumat berkaitan elaun serta kemudahan-kemudahan yang diperolehi di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera/IPTA boleh diperolehi sama ada dengan datang sendiri atau melalui pos dengan mengemukakan sampul surat berukuran 25cm x 32cm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri kepada:-
Jabatan Pendaftar
  Universiti Malaysia Perlis
  Tingkat 1, Bangunan KWSP
  Jalan Bukit Lagi
  01000 Kangar
Perlis
(Sila catatkan SLAB & SLAI/UniMAP 2010/2011 dan nyatakan bidang pengkhususan di sudut kiri sampul surat permohonan)
Borang juga boleh diperolehi di sini :- ( Borang Permohonan )
PERMOHONAN ADALAH DIBUKA SEPANJANG TAHUN

PERINGATAN
1. Pemohon adalah dikehendaki membuat persediaan awal dengan mengambil peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan) dan juga telah mendapat tawaran pengajian di universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
2. Borang-borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Sistem Pemantauan Kemajuan Pelajar (SLAB/SLAI) Dibuka

Sistem ini boleh digunapakai oleh semua pelajar tajaan KPT, pegawai IPT yang terlibat dalam pengendalian urusan pelajar, dan pegawai yang berkhidmat di Edu Malaysia. Maklumat yang dikemaskini adalah berdasarkan format laporan prestasi pelajar yang disediakan oleh kementerian sahaja (P.S.D. Form). Pelajar boleh membuat semakan melalui nombor kad pengenalan, manakala pihak Edu Malaysia boleh membuat semakan melalui log ID dan kata laluan yang diberi oleh Bahagian Biasiswa melalui emel.

SEMAK SINI

Keputusan Permohonan MyBrain15 Bil. 07/2011

Untuk calon yang memohon MyBrain 15, anda boleh menyemak keputusan sekarang dengan melayari laman web mohe.KLIK SINI untuk terus ke bahagian semakan