Showing posts with label IPTA/IPTS. Show all posts
Showing posts with label IPTA/IPTS. Show all posts

Monday, 17 August 2015

ARAHAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.      Dimaklumkan bahawa, pihak PTPTN telah membuat pembentangan berhubung Status Prestasi Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Penjawat Awam Mengikut Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan dalam Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan (Mesyuarat KSU & KP) pada 17 Jun 2015. Selaras dengan keputusan mesyuarat tersebut, pegawai yang masih mempunyai baki pinjaman PTPTN dikehendaki membuat bayaran dengan kadar segera melalui potongan gaji bulanan. 

3.      Berdasarkan rekod PTPTN, terdapat seramai 51,884 orang pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di KPM telah gagal membayar balik pinjaman PTPTN mengikut terma yang dipersetujui dalam kontrak. Mengikut terma kontrak, bayaran balik pinjaman perlu dijelaskan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi.

4.      Sehubungan itu, atas kepentingan perkhidmatan awam, tuan/puan yang masih belum menjelaskan hutang pinjaman PTPTN diarahkan untuk menyelesaikan keterhutangan berkenaan dengan pihak PTPTN melalui kaedah pemotongan gaji bulanan. Kegagalan tuan/puan melaksanakan arahan ini boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut:

Monday, 29 June 2015

BIASISWA SLAB/SLAI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA (UTEM)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang ingin membina kerjaya sebagai Pensyarah Universiti dan mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) dan Skim Latihan Pensyarah IPTA (SLAI) anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi mengikuti kursus-kursus dalam bidang-bidang seperti mana diiklankan.

BIASISWA YANG DITAWARKAN

 1. Calon dipelawa untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan luar negara. Permohonan bagi negara Amerika Syarikat, German, Jepun dan New Zealand adalah digalakkan dan diberikan keutamaan. 2. Sekiranya permohonan pengajian di luar negara, tempat pengajian mestilah tersenarai dalam 200 Universiti terbaik dunia dalam sesuatu bidang pengajian yang dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE).

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

Tuesday, 10 March 2015

PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MOROCCO)BAGI SESI KEMASUKAN 2015/2016

1.   Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2015/2016 perlu membuat permohonan secara atas talian diapp.moe.gov.my/timurtengah.

2.   Permohonan atas talian akan dibuka pada 10 Mac 2015 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 10 April 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada atau sebelum     08 Mei 2015 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.

3.   Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada KPM. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibu bapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPM TIDAK MELANTIKmana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

4.   Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya

Tuesday, 3 March 2015

R&D PRODUCTS OF UNIVERSITIES IN MALAYSIA 2013

Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi telah menerbitkan buku bertajuk "R&D Products of Universities in Malaysia 2013". Tujuan penghasilan buku ini adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan produk penyelidikan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan kepada masyarakat dan industri. Buku ini adalah merupakan salah satu medium bagi mempergiatkan lagi aktiviti pengkomersialan hasil penyelidikan IPT tempatan.

For the seventh year of publication, “R&D Products of Universities in Malaysia 2013” continues to offer a platform for the local universities to promote their inventions and products to the industries and the public.

“R&D Products of Universities in Malaysia 2013” is a book documenting and describing innovative products developed by researchers at the Malaysian Public and Private Universities. This book aims to publicize information on the products and discoveries from local universities to developers and industrialists. It is also to enhance the potential for commercialization of the inventions and products developed by the researchers at the universities.

This book is compiled into eight (8) clusters and comprised of 178 products which are 28 commercialized products and 150 products with the potential to be commercialized. The clusters are agriculture (18), chemistry (23), consumer goods (21), education (16), electronics (26), ICT (15), industrial equipment (27) and medical and health (32).

The Department of Higher Education, on behalf of the Ministry of Education would like to congratulate the researchers and express our utmost gratitude and appreciation for the contributions and cooperation rendered towards the completion of the book, especially to the Research Management Centres and researchers of the various Malaysian Public and Private Universities.

Wednesday, 26 June 2013

PERMOHONAN SKIM PENSYARAH MUDA UNIMAS 2013

Universiti Malaysia Sarawak
Kontemporari dan Berpandangan Jauh
Universiti Malaysia Sarawak, mempelawa anda yang berkelayakan, dinamik dan bersemangat peneroka untuk ditaja di bawah Skim Pensyarah Muda UNIMAS. Berikut merupakan maklumat mengenai skim tersebut:

SKIM PENSYARAH MUDA UNIMAS
Syarat-Syarat Permohonan :
(a) warganegara Malaysia;
(b) (i) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(ii) berumur tidak melebihi 40 tahun untuk pengajian di peringkat PhD di luar negara; atau
(iii) berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian di peringkat PhD di dalam negara; atau
(iv) berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian di peringkat Sarjana
 (c) memperolehi kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
 (d) (i) memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
 (ii) memiliki ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (e) mempunyai purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke atas pada peringkat ijazah sarjana muda;
 (f) kelulusan Bahasa Inggeris (tidak lebih dari dua (2) tahun daripada tarikh keputusan dikeluarkan) seperti berikut:
(i) Calon Luar Negara: skor TOEFL: 587 (Paper Based) / 240 (Computer Based)/ 94-95 (Internet Based) atau IELTS: sekurang-kurangnya lulus band 6.5 atau mengikut syarat kemasukan yang ditetapkan oleh universiti pengajian (yang mana lebih tinggi) bagi pengajian yang menggunakan Bahasa Inggeris untuk penulisan tesis; atau sekurang-kurangnya lulus band 6.0 atau mengikut syarat kemasukan yang ditetapkan oleh universiti pengajian (yang mana lebih tinggi) bagi pengajian yang menggunakan selain Bahasa Inggeris untuk penulisan tesis.
(ii) Calon Dalam Negara: dikecualikan dari menduduki ujian Bahasa Inggeris melainkan jika disyaratkan oleh universiti pengajian.
 (g) telah mendapat tawaran kemasukan pengajian TANPA pra-syarat tambahan;
 (h) tidak atau belum mengikuti sebarang pengajian sama ada di peringkat Ijazah Sarjana atau PhD;
 (i) tidak berkhidmat dengan mana-mana agensi awam atau swasta. Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan, dan sekiranya permohonan diluluskan pegawai tersebut perlu meletak jawatan.

Ikatan Perjanjian:
Pemohon dikehendaki menandatangani satu ikatan perjanjian iaitu Dokumen Ikatan Perjanjian Pelajar dengan UNIMAS sebelum melanjutkan pengajian di bawah skim ini.
Elaun-Elaun dan Kemudahan:
(a) Elaun Sara Hidup
(b) Elaun Penginapan
(c) Elaun Bantuan Keluarga
(d) Elaun Bantuan Sewa Rumah
(e) Elaun Buku
(f) Elaun Perkakas
(g) Elaun Latihan Amali
(h) Elaun Tesis
(i) Elaun Penempatan
(j) Elaun Akhir Pengajian
(k) Elaun Pakaian
(l) Yuran Pengajian
(m)  Tambang Perjalanan
(n) Rawatan Perubatan

Nota: Elaun dan kemudahan adalah tertakluk kepada peringkat pengajian (Sarjana/PhD), lokasi, dan bilangan ahli keluarga

Prosedur Permohonan:
Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta curriculum vitae (c.v) yang lengkap berserta maklumat seperti berikut:
(a) Butiran Peribadi
(b) Butiran Untuk Dihubungi
(c) Kelayakan Akademik
(d) Pengalaman Yang Berkaitan
(e) Senarai Penerbitan dan Penyelidikan
Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-
(a) Kad Pengenalan atau Pasport
(b) Sijil Kelahiran
(c)Surat Tawaran Kemasukan Pengajian Ijazah Sarjana/PhD
(d)Keputusan Bahasa Inggeris TOEFL/IELTS
(e)Sijil-sijil akademik yang berkenaan berserta transkrip (SPM atau setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, atau PhD)
(f)Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan
Hendaklah dihantar sekurang-kurangnya tiga(3) bulan sebelum tarikh pendaftaran pengajian kepada :- 
Pendaftar
Universiti Malaysia Sarawak
94300 KOTA SAMARAHAN
(u/p : Unit Perjawatan dan Pembangunan Organisasi)
Tel : 082-581000   Fax : 082-581095
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Disember 2013
Permohonan berikut akan DITOLAK sekiranya tidak disertakan salinan dokumen-dokumen seperti di atas, salinan dokumen tidak disahkan, tidak lengkap atau tidak jelas, tidak ditandatangani, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Universiti Malaysia Sarawak

Kontemporari dan Berpandangan Jauh

Universiti Malaysia Sarawak, mempelawa anda yang berkelayakan, dinamik dan bersemangat peneroka untuk ditaja di bawah Skim Pensyarah Muda UNIMAS. Berikut merupakan maklumat mengenai skim tersebut:
SKIM PENSYARAH MUDA UNIMAS
Syarat-Syarat Permohonan :
(a) warganegara Malaysia;
(b) (i) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(ii) berumur tidak melebihi 40 tahun untuk pengajian di peringkat PhD di luar negara; atau
(iii) berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian di peringkat PhD di dalam negara; atau
(iv) berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian di peringkat Sarjana
 (c) memperolehi kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
 (d) (i) memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
 (ii) memiliki ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (e) mempunyai purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke atas pada peringkat ijazah sarjana muda;
 (f) kelulusan Bahasa Inggeris (tidak lebih dari dua (2) tahun daripada tarikh keputusan dikeluarkan) seperti berikut:
(i) Calon Luar Negara: skor TOEFL: 587 (Paper Based) / 240 (Computer Based)/ 94-95 (Internet Based) atau IELTS: sekurang-kurangnya lulus band 6.5 atau mengikut syarat kemasukan yang ditetapkan oleh universiti pengajian (yang mana lebih tinggi) bagi pengajian yang menggunakan Bahasa Inggeris untuk penulisan tesis; atau sekurang-kurangnya lulus band 6.0 atau mengikut syarat kemasukan yang ditetapkan oleh universiti pengajian (yang mana lebih tinggi) bagi pengajian yang menggunakan selain Bahasa Inggeris untuk penulisan tesis.
(ii) Calon Dalam Negara: dikecualikan dari menduduki ujian Bahasa Inggeris melainkan jika disyaratkan oleh universiti pengajian.
 (g) telah mendapat tawaran kemasukan pengajian TANPA pra-syarat tambahan;
 (h) tidak atau belum mengikuti sebarang pengajian sama ada di peringkat Ijazah Sarjana atau PhD;
 (i) tidak berkhidmat dengan mana-mana agensi awam atau swasta. Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan, dan sekiranya permohonan diluluskan pegawai tersebut perlu meletak jawatan.
- See more at: http://www.unimas.my/index.php/en/?option=com_content&view=article&id=100191:iklan-skim-pensyarah-muda-unimas&catid=50&Itemid=353&lang=en#sthash.WiWhKMxz.dpuf

Sunday, 20 May 2012

Naik gaji pensyarah langkah bijak

SHAH ALAM - Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini supaya kajian semula gred gaji pensyarah dilakukan bagi memberi imbuhan kepada golongan itu disifatkan satu langkah bijak.

Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Profesor Madya Dr Aminuddin Ruskam Al Dawamy berkata, terdapat pensyarah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang masih belum menerima kenaikan gred gaji walaupun sudah lama berkhidmat.

“Sebenarnya, masih ada pensyarah yang sudah lama berkhidmat tetapi gred gaji di takuk permulaan iaitu DS45.

“Malah, sebelum ini ada juga pensyarah yang bersara dengan gred itu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS), Profesor Dr Mohamad Awang berkata, pengumuman Timbalan Perdana Menteri itu dilihat sebagai langkah memulihkan profesion pensyarah di IPT.

“Kedua-dua kumpulan profesion ini perlu dihormati, baik guru mahupun pensyarah kerana mereka mendidik anak bangsa menjadi insan berguna,” katanya.

Mengulas isu sama, pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, gaji pensyarah di Malaysia agak kecil berbanding gaji pensyarah di luar negara.

“Sebagai contoh, gaji pensyarah di negara jiran seperti Singapura sekitar RM8,000 sebulan, manakala gaji pensyarah baru di sini hanya sekitar RM4,000,” katanya.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman pula berkata, pihaknya telah syorkan kepada kerajaan mengenai skim gaji pensyarah seperti diumumkan Muhyiddin baru-baru ini.

“Sewaktu ‘task force’ (pasukan petugas) mengenai kajian semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kita ada syorkan supaya gred gaji pensyarah ini dikaji semula.

“Ada pensyarah yang lama mengajar dan baru dapat doktor falsafah (PhD) tetapi gred gajinya tak naik sedangkan yang tiada PhD boleh naik hingga ke gred C,” katanya.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion...-bijak-1.49593

Tuesday, 6 December 2011

Anugerah Akademik UiTM 2011

Bahagian Hal Ehwal Akademik kini membuka permohonan dan pencalonan bagi Anugerah Akademik 2011 yang akan disampaikan sewaktu Majlis Transformasi Akademik (AcT) 2012 yang akan diadakan pada penghujung Januari 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor. Borang permohonan boleh dimuat turun di bawah:
Kategori Utama

a.    Anugerah Tokoh Akademik UiTM
b.    Anugerah Inovasi & Pengkomersialan Produk
c.    Anugerah Penerbitan Buku
d.    Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
e.    Anugerah Pengajaran
f.    Anugerah Seni & Kreativiti

Kategori Khas

a.    Anugerah Penyelidik Terbaik
b.    Anugerah Penulis Terbaik
c.    Anugerah Penceramah Terbaik
d.    Anugerah e-Pembelajaran

Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Disember 2011 (Selasa). Permohonan perlu sampai sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tersebut kepada:

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 SHAH ALAM
(UP: Urus Setia Anugerah Akademik UiTM 2011)

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan di bawah :
http://hea.uitm.edu.my/component/content/article/1-latest-news/143-anugerah-akademik-uitm-2011.html

Wednesday, 23 November 2011

Kajian Malaysian Soft Skills Scale (My3S)

Perhatian  kepada pelajar semester satu warganegara malaysia, program sarjana muda uitm, sesi kemasukan september 2011

Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi sedang melaksanakan Kajian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) mulai 15 November hingga 11 Disember 2011.

Oleh itu Semua Pelajar Semester Satu (1)  Warganegara Malaysia bagi Program Sarjana Muda UiTM, Sesi kemasukan September 2011 adalah diwajibkan untuk melayari laman sesawang  di alamat http://jpt.mohe.gov.my/my3s dan melaksanakan kajian tersebut dengan mendaftar menggunakan nombor kad matrik pelajar sebagai nama pengguna dan nombor kad pengenalan sebagai kata laluan.

Sekiranya menghadapi masalah sila rujuk pegawai di fakulti/cawangan/kampus UiTM negeri masing-masing

Kerjasama diucapkan terima kasih. Sekian.

Prof. Madya Dr Roziah Mohd Janor
Pengarah Hal Ehwal Kurikulum
Unit Hal Ehwal Kurikulum
Bahagian Hal Ehwal Akademik,UiTM

Monday, 14 November 2011

VC's Honorary Doctorate from Stuttgart

Our Vice Chancellor, Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, FASc., will be conferred the Honorary Doctor of Engineering by the University of Stuttgart in Germany.  The ceremony will be held in Stuttgart on 18 November 2011. The conferment will thus make our Vice Chancellor the first Malay recipient to have been given such honour by Stuttgart, and also the first from Asia. The recognition is the outcome of Dato' Sahol's  immense contributions in civil engineering, particularly in the areas of scientific research, achievements in the field of hydraulic engineering and the management of water resources.

It is hoped that the conferment of such prestigious honour, which has been acquired through recommendations from Stuttgart's Faculty of Civil and Environment Engineering, will pave the way for other members of the academe throughout the country to take Malaysia and the university they represent to greater heights by being forerunners in the frontiers of knowledge of the 21st century.