Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi sedang menjalankan Kajian Pengesanan Graduan Susulan ( SKPG II ) buat kali kedua. Kajian ini bermula dari 15 Ogos hingga 30 November 2011 mensasarkan graduan yang telah menamatkan pengajian lebih daripada setahun, graduan menganggur dan juga graduan yang sedang mencari pekerjaan yang lebih baik. Hasil dari kajian ini, ianya diharap dapat menunjukkan status graduan dari aspek pekerjaan dan perkembangan kerjaya setelah lebih setahun mereka menamatkan pengajian.
Untuk menghasilkan dapatan kajian yang relevan pihak KPT memerlukan bilangan responden yang ramai. Justeru itu kerjasama dari pihak tuan/puan amat diperlukan dan dihargai untuk menghebahkan butiran mengenai kajian ini dengan membuat pautan laman sesawang UiTM ke laman rasmi kajian ini iaitu http://graduat.mohe.gov.my/kajiansusulan
Segala kerjasama dan komitmen daripada tuan/puan diucapkan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
PROF IR DR HJ ABDUL RAHMAN OMAR
Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan & Inovasi)
BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH SKIM YANG DITAWARKAN OLEH UITM KEPADA CALON-CALON YANG BERMINAT UNTUK MENJADI PENSYARAH DI UITM.SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH HASIL KERJASAMA PIHAK KPT DAN UITM.Blog ini bukanlah blog rasmi biasiswa skim tenaga pengajar muda uitm.ianya hanyalah blog khas untuk memberi sebarang maklumat mengenai tenaga pengajar muda samada untuk yang baru nak apply,yang dah apply dan yang berminat mengenainya.
Friday, 11 November 2011
Thursday, 3 November 2011
APAKAH STATUS CALON TPM UITM SELEPAS HABIS PENGAJIAN?
Tentu ramai yang tidak tahu dan ingin tahu apakah status calon tpm uitm selepas habis pengajian.Apabila anda bersetuju dan menandatangani kontrak tpm uitm bermakna anda sudah pun terikat untuk berkhidmat dengan uitm minimum selama tujuh tahun selepas tamat pengajian, dan sebagai balasan pihak uitm akan menanggung semua kos semasa pengajian anda dan juga pemberian elaun.
Biasanya pengajian anda ditanggung oleh pihak uitm mengikut tempoh pengajian, contohnya 1 setengah tahun untuk master by coursework,2 tahun untuk master by research, dan 3 tahun untuk phd.sekiranya anda boleh habis pengajian tepat pada tempoh yang diberi, anda dikehendaki melapor diri di JPBSM dengan segera.Apabila anda sudah melapor diri, anda akan terus dihantar untuk berkhidmat di cawangan-cawangan uitm seluruh negara.Tetapi persoalannya apakah status anda pada masa ini?tetap atau kontrak?
untuk pengetahuan semua, 6 bulan pertama anda berkhidmat, status anda masih lagi pensyarah kontrak di mana dalam tempoh ini, anda akan dinilai oleh pihak cawangan uitm sebelum anda diserap ke jawatan tetap. Gred gaji anda juga masih lagi DM 41 untuk tpm by master.Selepas habis 6 bulan, anda akan ditemuduga terlebih dahulu dan barulah diserap ke jawatan tetap dengan gred gaji DM 45.
Selesai sudah penerangan untuk calon yang berjaya habis pengajian tepat pada tempoh yang diberi, tetapi bagaiman pula sekiranya anda tidak dapat menghabiskan pengajian anda tepat pada tempoh yang diberi?
bagi yang tidak dapat habis pengajian tepat pada tempoh yang diberi.anda juga perlu melapor diri ke JPBSM selepas tempoh tamat. Anda juga akan dihantar ke cawangan walaupun masih dalam pengajian dimana anda perlu berkhidmat sambil berusaha menghabiskan pengajian anda. Anda juga akan berstatus pensyarah kontrak dengan gred gaji sama dengan yang di atas. cuma tempoh yang diberi untuk anda menghabiskan pengajian adalah selama setahun selepas dihantar berkhidmat ke cawangan dan sekiranya anda masih lagi tidak dapat menghabiskannya kontrak anda akan terbatal.
tetapi perlu diingatkan semuanya bergantung pada fakulti.kalau banyak kekosongan mungkin anda amat diperlukan.
harap penerangan ini membantu..terima kasih.

Wednesday, 26 October 2011
CAREER FOR MALAYSIAN CITIZENS IN FELCRA BERHAD 2011
FELCRA menjemput individu-individu berkelayakan dan bermotivasi bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
Permohonan hendaklah menggunakan Borang FELCRA 1 atau menghantar ‘resume’ beserta salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan serta dokumen sokongan yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport. Sila tuliskan nama jawatan di sudut kiri sampul surat dan majukan permohonan tersebut
kepada:-
Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 4, Wisma FELCRA,
Lot PT 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254,
50772 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup :- 15 November 2011
MAKLUMAT LANJUT Sila Klik Sini
- Penolong Eksekutif (Perladangan)
- Penolong Eksekutif (Pentadbiran)
- Penolong Eksekutif (Pembangunan Peserta)
Permohonan hendaklah menggunakan Borang FELCRA 1 atau menghantar ‘resume’ beserta salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan serta dokumen sokongan yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport. Sila tuliskan nama jawatan di sudut kiri sampul surat dan majukan permohonan tersebut
kepada:-
Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 4, Wisma FELCRA,
Lot PT 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254,
50772 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup :- 15 November 2011
MAKLUMAT LANJUT Sila Klik Sini
Monday, 24 October 2011
Notis Penghantaran Dokumen Lengkap Biasiswa TPM Yang Telah Memulakan Pengajian / Dalam Pengajian
Kepada penerima tawaran Skim Biasiswa TPM tahun 2011/2012 yang telah memulakan pengajian / dalam pengajian.
Tuan/Puan diminta untuk mengemukakan dokumen sokongan tawaran yang telah LENGKAP mengikut senarai semak yang telah dinyatakan dalam buku panduan biasiswa. Selewat-lewatnya pada 01 November 2011.
Dokumen berkenaan adalah bagi urusan penajaan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kelewatan penghantaran dokumen akan mempengaruhi tempoh penajaan pengajian.
Sekian ,harap maklum.
sumber dari jpbsm

Wednesday, 19 October 2011
Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi 2 2011/ 2012
- Permohonan dalam talian melalui laman web http://online.uitm.edu.my/ akan dibuka pada 15 Oktober 2011 (Sabtu) Jam 12 Tengahari sehingga 16 November 2011 bagi peringkat pengajian:
- Program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa
- Program Profesional (LW222 dan LW601 sahaja)
- Penerapan pelajar UiTM sahaja Sepenuh Masa
- Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Luar Kampus (PLK) (rujuk pautan Program yang ditawarkan melalui http://online.uitm.edu.my/ )
- Program Ijazah Sarjana Muda Setara Sepenuh Masa (SS) (rujuk pautan Program yang ditawarkan melalui http://online.uitm.edu.my/ )
- Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin ATM BSN bermula 15 Oktober 2011 sehingga 16 November 2011.
- Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat http://online.uitm.edu.my/ dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.
Thursday, 13 October 2011
Tuesday, 11 October 2011
BORANG-BORANG YANG DIPERLUKAN UNTUK TPM UITM
tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya mendapat tawaran tpm uitm tahun 2011.ingin diingatkan disini supaya cepat-cepat uruskan borang-borang tpm kerana ianya memakan masa untuk diselesaikan.untuk elaun juga hanya akan diberi selepas semua borang-borang ini dihantar.selepas 3 bulan borang dihantar barulah anda mendapat elaun pertama anda.jikalau lambat menghantar borang maka lagi lambat la elaun masuk.untuk memudahkan urusan anda semua,di sini saya sertakan borang-borang yang diperlukan untuk tpm uitm ini.harap ianya membantu.
DAPATKAN BORANG DI SINI
DAPATKAN BORANG DI SINI
Subscribe to:
Posts (Atom)