SKIM LATIHAN AKADEMIK MUDA (SLAM)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon mestilah:
1. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas
Kedua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.
2. Berumur tidak melebihi 40 tahun.
3. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
4. Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Swasta.
5. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
6. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan yang lengkap.
BIASISWA YANG DITAWARKAN
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang telah mendapat tawaran pengajian di universiti universiti
yang diiktiraf oleh kerajaan.
Sekiranya pilihan universiti adalah di luar negara, universiti berkenaan mestilah berada dalam
senarai 200 universiti terbaik berdasarkan kepada Times Higher Education (THE) Ranking
ataupun dalam senarai 100 universiti terbaik berdasarkan QS World University Ranking by
Subject.
Calon adalah dikehendaki membuat persediaan awal dengan mengambil peperiksaan
IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan).
IKATAN PERJANJIAN
Calon yang berjaya akan terikat untuk berkhidmat dengan UMT bagi tempoh yang berdasarkan
kepada dokumen perjanjian yang ditandatangani.
ELAUN YANG DITAWARKAN
i) Elaun Peribadi sebanyak RM2,500.00 sebulan akan dibayar oleh UMT
ii) Elaun-elaun lain yang berkaitan pada kadar bujang akan dibayar oleh KPM (Biasiswa
SLAB/SLAI)
iii) Bagi calon yang membawa keluarga , elaun keluarga akan dibayar oleh UMT.
UNTUK KETERANGAN LANJUT KLIK LINK DIBAWAH
KLIK DISINI
cofuse skit..dkt link iklan kat website umt, dia inform yg biasiwa ni untuk phd, syarat mesti ada degree n master..tp dkt link syarat memohon xda plak bgtau mesti ada master..
ReplyDelete