Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.
Jawatan:
PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) /
PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C)
SECARA TETAP / KONTRAK
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
tarikh tutup iklan jawatan.
2. Permohonan dari calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan
Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan
SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI.
3. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen berikut yang
telah DISAHKAN:
Kad Pengenalan
Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik
Terperinci)
Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk
mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji
Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan
kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
4. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri
sampul surat permohonan.
5. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke
atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan
Sarjana.
6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan
berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu
duga.
8. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh
tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
untuk maklumat lanjut SILA KE LINK INI
No comments:
Post a Comment