Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi sedang menjalankan Kajian Pengesanan Graduan Susulan ( SKPG II ) buat kali kedua. Kajian ini bermula dari 15 Ogos hingga 30 November 2011 mensasarkan graduan yang telah menamatkan pengajian lebih daripada setahun, graduan menganggur dan juga graduan yang sedang mencari pekerjaan yang lebih baik. Hasil dari kajian ini, ianya diharap dapat menunjukkan status graduan dari aspek pekerjaan dan perkembangan kerjaya setelah lebih setahun mereka menamatkan pengajian.
Untuk menghasilkan dapatan kajian yang relevan pihak KPT memerlukan bilangan responden yang ramai. Justeru itu kerjasama dari pihak tuan/puan amat diperlukan dan dihargai untuk menghebahkan butiran mengenai kajian ini dengan membuat pautan laman sesawang UiTM ke laman rasmi kajian ini iaitu http://graduat.mohe.gov.my/kajiansusulan
Segala kerjasama dan komitmen daripada tuan/puan diucapkan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
PROF IR DR HJ ABDUL RAHMAN OMAR
Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan & Inovasi)
No comments:
Post a Comment