Perhatian kepada pelajar semester satu warganegara malaysia, program sarjana muda uitm, sesi kemasukan september 2011
Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi sedang melaksanakan Kajian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) mulai 15 November hingga 11 Disember 2011.
Oleh itu Semua Pelajar Semester Satu (1) Warganegara Malaysia bagi Program Sarjana Muda UiTM, Sesi kemasukan September 2011 adalah diwajibkan untuk melayari laman sesawang di alamat http://jpt.mohe.gov.my/my3s dan melaksanakan kajian tersebut dengan mendaftar menggunakan nombor kad matrik pelajar sebagai nama pengguna dan nombor kad pengenalan sebagai kata laluan.
Sekiranya menghadapi masalah sila rujuk pegawai di fakulti/cawangan/kampus UiTM negeri masing-masing
Kerjasama diucapkan terima kasih. Sekian.
Prof. Madya Dr Roziah Mohd Janor
Pengarah Hal Ehwal Kurikulum
Unit Hal Ehwal Kurikulum
Bahagian Hal Ehwal Akademik,UiTM
No comments:
Post a Comment