Wednesday, 7 January 2015

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa calon-calonWARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seperti berikut:
i. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) EM London
ii. Pengarah Gred 48/52 (Terbuka) EM Los Angeles
iii. Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka) EM Indonesia

3. Berikut adalah syarat-syarat umum permohonan:

i. Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;

ii. Pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;

iii. Mempunyai prestasi kerja di tahap 85% (melebihi sasaran/cemerlang) dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2011, 2012 dan 2013);

iv. Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;

v. Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan

vi. Pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

Monday, 5 January 2015

IKLAN BIASISWA MYBRAINSC TAJAAN KPM 2015/2016 DIBUKA

Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK DISINI

Tuesday, 2 July 2013

Iklan Jawatan Staf Pentadbiran & Pensyarah UiTM (Sarawak) Kampus Samarahan II



Jawatan Staf Pentadbiran UiTM (Sarawak) Kampus Samarahan II
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian. URL adalah seperti berikut : http://www.sarawak.uitm.edu.my/spo/
b. Maklumat Jawatan dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh daripada lampiran berikut : Iklan Jawatan

c.Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
d.Salinan permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan  dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini semasa menghadiri temuduga akhir.

e.Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan : 15 Julai 2013
Jawatan Pensyarah UiTM(Sarawak) Kampus Samarahan II
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Semua permohonan handaklah dibuat melalui borang di sediakan. Borang PERMOHONAN JAWATAN PENSYARAH
b. Maklumat Jawatan dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh daripada lampiran berikut : Iklan Jawatan Pensyarah
c.Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
d.Salinan permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan  dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini semasa menghadiri temuduga akhir.

e.Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan : 15 Julai 2013

Monday, 1 July 2013

Tawaran Pensyarah Sambilan iNED Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Sept 2013 - Jan 2014

1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut:
a) Keutamaan akan diberikan kepada pensyarah sedia ada / pensyarah UiTM / Pentadbir UiTM.
b) Setiap pemohon hendaklah memiliki Sarjana (Master) dalam bidang berkaitan.
c) Pihak iNED UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.

2. Taraf jawatan – Sambilan (mengikut tempoh Pengajian iaitu bermula dari Sept 2013 - Jan 2014)

3. Kadar Bayaran : Fasilitator Seminar (SF) : RM100/jam dan Pemudahcara Pembelajaran (LF) : RM11.00/pelajar/bulan.

4. Calon yang berminat sila buat permohonan secara atas talian di http://pensyarah.ined.uitm.edu.my/smp

5. Tarikh  permohonan : 27 Jun 2013 (Khamis) - 16 Julai 2013 (Selasa)

Maklumat lanjut (Klik Disini).

Thursday, 27 June 2013

SKIM GERAN PENYELIDIKAN ASAS (FRGS)

Falsafah Skim Geran Penyelidikan Fundamental
Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Untuk ini sebuah dana khusus diperlukan. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dapat menggalakkan penyelidikan asas untuk menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

1.2 Definisi Skim Geran Penyelidikan Fundamental
Penyelidikan Fundamental merupakan penyelidikan asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu.

1.3 Tujuan Skim Geran Penyelidikan Fundamental
Penyelidikan ini bertujuan untuk menggalakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru dan penciptaan yang inovatif yang boleh mengembangkan sempadan ilmu.

1.4 Bidang Penyelidikan
Pembiayaan geran FRGS meliputi bidang-bidang asas yang dapat menyokong agenda strategik negara. Bidang-bidang yang dikenalpasti adalah:-
A. Sains Tulen (Pure Science)
B. Sains Gunaan (Applied Science)
C. Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
D. Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
E. Sains Sosial (Social Sciences)
F. Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
G. Sains Tabii dan Warisan Negara (Natural Sciences and National Heritage)

DOWNLOAD DETAIL ON FRGS HERE