Wednesday, 21 October 2015

JAWATAN KOSONG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Individu yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan PENDAFTAR. Maklumat adalah seperti:-
Kelayakan dan Pengalaman
  1. Kaedah Lantikan :
    1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      Keutamaan kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana (Master) atau PhD yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    2. Lulus SPM dengan kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
    3. Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pendidikan/organisasi sekurang-kurangnya 15 tahun serta melepasi tahap penilaian yang ditetapkan oleh Universi
  2. Kaedah Kenaikan Pangkat:
    1. Pegawai Tadbir Gred N54 di Universiti Sains Malaysia yang telah mencapai perkhidmatan yang cemerlang dan memenuhi syarat kenaikan pangkat yang sedang berkuatkuasa layak dipertimbangkan.

Fungsi dan Bidang Tugas
Menjadi Ketua Pegawai Pentadbiran serta lain-lain tugas seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan dan Statut Universiti serta Surat Cara Kerajaan.

Sunday, 11 October 2015

JAWATAN KOSONG AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK UITM JOHOR

Uni­ver­siti Teknologi MARA Cawan­gan Johor den­gan ini mem­pelawa calon-​calon Bumi­put­era War­gane­gara Malaysia yang berke­layakan dalam bidang-​bidang yang berkai­tan untuk mengisi jawatan Bukan Akademik secara Tetap/​Kontrak di Uni­ver­siti Teknologi MARA Cawan­gan Johor, Kam­pus Pasir Gudang/​Kampus Segamat.

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

Monday, 28 September 2015

JAWATAN KOSONG AKADEMIK INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di IAB Induk dan semua Cawangan.

1. Pensyarah Kanan Gred DG48
a) Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana; dan
b) Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di atas Gred DG44 atau Gred DG48

2. Pensyarah Gred DG44
a) Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana; dan
b) Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41

3. Pegawai Penyunting Gred DG41
a) Berpengalaman menjadi editor dan membuat suntingan serta terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali;
b) Memiliki sijil penterjemahan daripada institusi yang diiktiraf; dan
c) Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada Gred DG41

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE LINK INI

Monday, 21 September 2015

TAWARAN BIASISWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 2015

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar- pelajar yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang terpilih ambilan sesi 2015/2016 untuk memohon biasiswa tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1- Syarat-syarat Asas:-

 i- Warganegara Malaysia.
ii- Sedang bermastautin di Wilayah Persekutuan (sekurang-kurangnya setahun).
iii- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (ambilan sesi 2015/2016) dari mana-mana IPTA atau IPTS yang disenaraikan.
iv- Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak/penaja.
v- Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
vi- Bersedia berkhidmat dengan MAIWP untuk tempoh sekurangkurangnya 5 tahun sekiranya ditawarkan (atas keperluan)

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

LINK 1
LINK 2

Sunday, 20 September 2015

JAWATAN KOSONG UITM NEGERI SEMBILAN DIBUKA SEKALI LAGI

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap /Kontrak di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah dan Kampus Seremban.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

 a.  Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.
b.   Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM           Cawangan Negeri Sembilan atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi         MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.
 c.  Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
d.   Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau BadanBadan                   Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod                   perkhidmatan yang dikemaskini
e.   Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan         adalah dianggap tidak berjaya
f.    Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

SENARAI TERKINI JOURNAL INDEX SCOPUS 2015

tidak dapat dinafikan bahawa penerbitan jurnal adalah penting bagi setiap pelajar master dan PHD.begitu juga kepada pensyarah dan penyelidik.apatah lagi kebelakangan ini kita diwajibkan untuk menerbitkan jurnal yang berimpak tinggi dan berindex samada dalam scopus,ISI dan sebagainya.

disertakan disini senarai terkini jurnal yang diindex oleh scopus setakat jun 2015. senarai ini dirasakan amat mebantu semua dalam membuat pilihan dalam penerbitan jurnal masing-masing.

sumber dari Facebook group DSG

DOWNLOAD DISINI

Tuesday, 8 September 2015

JAWATAN KOSONG UNIMAP 2015

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, pro-aktif dan komited adalah dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan berikut dalam perkhidmatan awam di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
JAWATAN AKADEMIK
BIL
NAMA JAWATAN
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
GRED
1.
PROFESOR
Perkhidmatan Pendidikan
KHAS C (VK7)
2.
PROFESOR MADYA
Perkhidmatan Pendidikan
DS53
3.
PENSYARAH UNIVERSITI
Perkhidmatan Pendidikan
DS45

SYARAT-SYARAT UMUM

A. PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN
Calon-calon yang menduduki dan memiliki sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:
a)  lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; ATAU
b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; DAN
c) memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (termasuk Ujian Lisan) dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK DI BAWAH: