Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara dan Luar Negara secara Sepenuh Masa.
|
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.
|
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
|
BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH SKIM YANG DITAWARKAN OLEH UITM KEPADA CALON-CALON YANG BERMINAT UNTUK MENJADI PENSYARAH DI UITM.SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ADALAH HASIL KERJASAMA PIHAK KPT DAN UITM.Blog ini bukanlah blog rasmi biasiswa skim tenaga pengajar muda uitm.ianya hanyalah blog khas untuk memberi sebarang maklumat mengenai tenaga pengajar muda samada untuk yang baru nak apply,yang dah apply dan yang berminat mengenainya.
Saturday, 13 June 2015
PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2016
Wednesday, 10 June 2015
JAWATAN KOSONG UITM 2015
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan
dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/Kontrak di Kampus Shah Alam dan Kampus
Cawangan.
SYARAT LANTIKAN
Syarat lantikan secara terperinci berserta dengan maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Untuk Bukan Staf UiTM Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
b. Untuk Staf UiTM sahaja Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf. Tarikh tutup permohonan adalah pada hari 15 Jun 2015.
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

Thursday, 21 May 2015
Semakan Calon Layak Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan Dengan Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (HLP CBBP)
Kementerian Pendididkan Malaysia menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan
Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti
pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana
dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara dan Universiti Luar
Negara bagi Sesi Pengajian Tahun 2016.
Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di
dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik,
Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
SEMAKAN BOLEH DIBUAT DI PAUTAN INI
SEMAKAN BOLEH DIBUAT DI PAUTAN INI
Sunday, 17 May 2015
TIPS FOR WRITING GOOD JOURNAL PAPERS AND ARTICLES (ELSEVIER)
Reporting results in a scientific journal is a process common to researchers in all disciplines. However, many scientific papers fail to communicate research work effectively. Pitfalls include using complicated jargon, including unnecessary details, and writing for your highly specialized colleagues instead of a wider audience.
Effective research articles are interesting and useful to a broad audience, including scientists in other fields. This infographic presents tips to help you write papers people will want to read.
Saturday, 16 May 2015
BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND TAHUN 2015
Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur New Zealand Commanwealth Scholarships.
**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur New Zealand Commanwealth Scholarships dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
(a) Berkhidmat secara tetap;
(b) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
(c) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
(d) Berumur tidak melebihi 39 tahun pada tahun memulakan pengajian;
(e) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut(2012, 2013 & 2014). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
(f) Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan. (Dikira dari 19 Jun 2015);
(g) Telah mengisytiharkan harta;
(h) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
(i) Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA.
Saturday, 9 May 2015
MyBrain15 Penjawat Awam (Tetap)
MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023 selaras dengan agenda "Malaysia sebagai Pusat kepada Perkembangan Pengetahuan dan Inovasi". Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan. Program ini merupakan insentif yang diberikan Kerajaan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota masyarakat seiring dengan matlamat pembangunan ekonomi negara di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu ekonomi berteraskan inovasi.
MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.
KLIK DI SINI UNTUK KETERANGAN LANJUT

Tuesday, 31 March 2015
SEMAKAN PANGGILAN UJIAN SARINGAN BIASISWA MYBRAINSC 2015
kepada yang pernah memohon untuk biasiswa mybrainsc sebelum ini.pihak kpm telah pun menyenarai pendek senarai nama calon yang berjaya untuk menduduki ujian saringan untuk layak biasiswa ini.
untuk menyemak sila ke link ini
untuk menyemak sila ke link ini
Subscribe to:
Posts (Atom)