BERITA BAIK untuk semua!!
Sesiapa yang memiliki kelayakan diploma ke atas, anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Luar Negara dengan pinjaman pelajaran dari MARA. Rebutlah peluang keemasan ini untuk malanjutkan pelajaran bagi meningkatkan keupayaan diri & menimba pengalaman di luar negara.
Berikut adalah detail2 nya.
PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH
PROGRAM PASCA SISWAZAH LUAR NEGARA 2012
MARA juga ingin membantu calon yang mempunyai latarbelakang cemerlang dari segi akademik, ko-kurikulum dan sahsiah diri, berfikiran inovatif dan kreatif, serta mahu melakukan anjakan paradigma dalam diri sendiri, untuk sama-sama terlibat secara langsung dalam meneraju negara ke arah kecemerlangan.
Sehubungan dengan itu, calon-calon adalah dipelawa untuk memohon pinjaman pelajaran boleh ubah bagi membiayai pengajian ke peringkat Sarjana, Profesional dan Doktor Falsafah di universiti luar negara berdasarkan syarat-syarat di bawah:
Syarat-syarat kelayakan >> Klik Disini
Online Application >> Klik Disini
PERMOHONAN
- Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 5 Mac 2012 – 16 Mac 2012.
- Pemilihan bagi calon yang berjaya adalah melalui 2 saringan iaitu melalui Ujian Penilaian Psychometric dan Temuduga.
- Keputusan calon yang berjaya untuk menduduki Ujian Penilaian Psychometric boleh di semak mulai 23 Mac 2012 di laman web MARA http://www.mara.gov.my
- Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 31 Mac 2012 adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
| Makluman Penting | |
| Permohonan Tajaan MARA Program Pasca Siswazah ke Institusi Terkemuka Luar Negara adalah untuk pemohon yang mempunyai kelayakan diploma dan ke atas sahaja. Permohonan ini akan ditutup pada 16 Mac 2012. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi:- Unit Penajaan/Unit Dasar & Pembangunan ICT Telefon: 03-26134211/34372 (8am - 5pm) atau Email: informasibpp@mara.gov.my |


