Wednesday, 24 February 2016

FORMAT BARU PENAJAAN TENAGA PENGAJAR MUDA UITM ATAU SLAB/SLAI 2016

Beberapa perkara telah diubah dalam penawaran slab slai tahun 2016 dengan syarat-syarat yang lebih ketat berbanding sebelum ini.model baru ini juga sesetengah syarat berkuatkuasa juga kepada calon yang sedang dalam tajaan biasiswa ini.

Antara syarat-syarat baru penajaan biasiswa tenaga pengajar muda atau slab slai bermula tahun ini adalah seperti berikut:


  1. 300 penajaan dibuka pada setiap bulan Mac,Mei dan ogos 2016 dengan 100 penawaran setiap bulan.
  2. penawaran terhad bagi pengajian dalam negara bagi tempoh 36 bulan sahaja.
  3. tiada elemen perlanjutan akan diperuntukkan.perkara ini juga terpakai kepada pegawai tajaan slab/slai sedia ada mulai 1 mac 2016.
  4. kuota penajaan akan ditetapkan oleh kementerian melalui mesyuarat jawatankuasa biasiswa slab/slai.

Sunday, 14 February 2016

JAWATAN KOSONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) 2016

UTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti untuk Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM Johor Bahru;

1. pereka

2.pegawai teknologi maklumat
3.penolong pegawai latihan vokasional
4.penolong pegawai keselamatan
5.penolong pegawai belia dan sukan
6.pegawai psikologi

Tarikh Mula Iklan : 15 Feb 2016
Tarikh Tamat Iklan 29 Feb 2016

Nota : Permohonan jawatan adalah secara online application dipautan/link yang disertakan :-

Sunday, 10 January 2016

Peluang Kerjaya di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang

Iklan Jawatan Kosong ( TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 Januari 2016 )
Cara Permohonan
Permohonan mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan ( Bukan Akademik ) 2016
Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dengan borang ini mengikut susunan berikut:-
  1. Salinan Kad Pengenalan dan sijil lahir
  2. Salinan tamat persekolahan sekolah rendah / sijil UPSR
  3. Salinan tamat persekolahan menengah rendah / LCE / SRP / PMR
  4. Salinan  Sijil MCE/SPM, HSC / STPM atau setaraf
  5. Salinan Sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD
  6. Surat pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada) untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
Permohonan yang telah lengkap hendaklah di alamatkan kepada:-
TIMBALAN PENDAFTARBAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO. TEL : (09) 4602032 / 33 / 29
FAKS : 09-4602488
Peringatan : Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Monday, 4 January 2016

IKLAN JAWATAN KOSONG GURU INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAM (IBDP)

Bidang :
a.  Economics - di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
b.  English - di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
c.  Mathematics (SL) – di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
d.  Biology – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, Negeri Sembilan

Syarat Lantikan :
1.  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
2.  Kelulusan Ikhtisas pendidikan dari mana-mana institusi Pendidikan di Malaysia
3.  Sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sunday, 3 January 2016

SKIM BIASISWA MYBRAINSC 2016 SUDAH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN

Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate


  • Permohonan dibuka setahun sekali bermula pada 4 Januari 2016 hingga 29 Februari 2016
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui Portal KPM
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses
  • Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD
  • Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima

Thursday, 17 December 2015

IKLAN JAWATAN KOSONG INED UITM 2015

Institut Pendidikan Neo (iNED) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak (Tabung Amanah iNED) di iNED, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

 I.                     SYARAT LANTIKAN
Syarat-syarat kelayakan bagi pelantikan ke jawatan-jawatan berkenaan adalah seperti berikut:


1
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F29) (KONTRAK)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)
Warganegara Malaysia;

(b)
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)
(i)
Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.



(Gaji permulaan ialah pada Gred F29: RM1,746.00); atau


(ii)
Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.



(Gaji permulaan ialah pada Gred F29: RM1,820.89);

dan



(d)
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki kemahiran pengaturcaraan PHP dan pengurusan pangkalan data MySQL.



2
PEGAWAI EKSEKUTIF (GRED N27) (KONTRAK)

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

(a)
Warganegara Malaysia;

(b)
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)
(i)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;



(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: RM1,362.00); atau


(ii)
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;



(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: RM1,362.00); atau


(iii)
Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya;



(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: RM1,661.95); atau


(iv)
Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan  daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya;



(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: RM1,737.15); atau

dan



(d)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
3
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (GRED N17) (KONTRAK)

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

(a)
Warganegara Malaysia;

(b)
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: RM928.00);

dan


(d)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer







4
PEMANDU (GRED H11) (KONTRAK)

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

(a)
Warganegara Malaysia;

(b)
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)
(i)
Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf  setaraf dengannya oleh kerajaan; dan


(ii)
Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali  lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)] dan


(iii)
Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Lesen D                                   RM896.15
Lesen E/E1/E2                         RM942.30
Lesen F/H                                RM988.45
Lesen G/I                 RM1,034.60

                (Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki lesen GDL dan PSV)
dan
(d)           Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Thursday, 3 December 2015

JAWATAN KOSONG AKADEMIK UNIMAP 2016

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, pro-aktif dan komited adalah dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan berikut dalam perkhidmatan awam di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Bidang :
Fabrikasi Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perhubungan, Rangkaian Komputer, Mekatronik, Sistem Pembuatan, Sistem Elektrik, Kejuruteraan Bahan & Metalurgi, Elektronik Kuasa, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Mekanikal, Kewangan, Perakaunan, Undang-undang (Perniagaan), TESL (Teaching English as a Second Language), Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Bangunan, Kejuruteraan Biosistem (Pertanian, Kejuruteraan Elektronik Industri, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanoelektronik, Kejuruteraan Nano Biochip, Kejuruteraan Kimia, Teknologi Pembuatan, Pemasaran dan Perniagaan Antarabangsa.

Wednesday, 2 December 2015

Jawatan Kosong di UTHM (Kemaskini Akhir 29 November 2015)

Sepanjang tahun 2015 Universiti Tun hussein On (UTHM) telah mempelawa bermacam kekosongan jawatan bagi memenuhi keperluan semasa dan kali ini pihak UTHM sekali lagi mempelawa mana-mana individu yang layak untuk memenuhi kekosongan jawatan seperti berikut:

1.JAWATAN PENTADBIRAN
2.JAWATAN AKADEMIK BUKAN WARGANEGARA
3.JAWATAN AKADEMIK WARGANEGARA
4.PEMBANTU PENYELIDIK
5.JAWATN PERUBATAN

Untuk Keterangan alnjut sila ke link ini


Wednesday, 18 November 2015

PERMOHONAN MYBRAIN15 SEHINGGA 30 NOVEMBER 2015

Dimaklumkan bahawa, Bahagian Biasiswa telah menetapkan tarikh akhir permohonan Program Pembiayaan MyBrain15 (MyMaster, MyPhD & MyPhD Industri) adalah pada 30 November 2015, jam 11.59 malam.
Permohonan Program Pembiayaan MyBrain15 hendaklah dihantar melalui atas talian dihttps://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/index.php sebelum tarikh berkenaan dan permohonan lewat akan ditolak serta merta.
Dimaklumkan juga, permohonan Program Pembiayaan MyBrain15 yang telah dihantar pada bulan Ogos hingga Oktober 2015 sedang diproses untuk kelulusan dan sebarang maklumat berkaitan keputusan akan dimaklumkan melalui emel dan sms.
Maklumat berkaitan pelaksanaan MyBrain15 pada tahun 2016 dan seterusnya juga akan dimaklumkan dan dikemaskini melalui laman Facebook dan portal MyBrain15.

Monday, 16 November 2015

IKLAN JAWATAN AKADEMIK DAN BIASISWA SLAM BAGI TAHUN 2016 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU(UMT)

SKIM LATIHAN AKADEMIK MUDA (SLAM)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah:
1. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.
2. Berumur tidak melebihi 40 tahun.
3. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
4. Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Swasta.
5. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
6. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan yang lengkap.

BIASISWA YANG DITAWARKAN

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang telah mendapat tawaran pengajian di universiti universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Sekiranya pilihan universiti adalah di luar negara, universiti berkenaan mestilah berada dalam senarai 200 universiti terbaik berdasarkan kepada Times Higher Education (THE) Ranking ataupun dalam senarai 100 universiti terbaik berdasarkan QS World University Ranking by Subject.
Calon adalah dikehendaki membuat persediaan awal dengan mengambil peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan).

IKATAN PERJANJIAN
Calon yang berjaya akan terikat untuk berkhidmat dengan UMT bagi tempoh yang berdasarkan kepada dokumen perjanjian yang ditandatangani.

ELAUN YANG DITAWARKAN
i) Elaun Peribadi sebanyak RM2,500.00 sebulan akan dibayar oleh UMT
 ii) Elaun-elaun lain yang berkaitan pada kadar bujang akan dibayar oleh KPM (Biasiswa SLAB/SLAI)
iii) Bagi calon yang membawa keluarga , elaun keluarga akan dibayar oleh UMT.

UNTUK KETERANGAN LANJUT KLIK LINK DIBAWAH

KLIK DISINI

Sunday, 15 November 2015

NEW VACANCIES AT UITM SARAWAK

Universiti Teknologi MARA (UiTM) is Malaysia's largest institution of higher learning in terms of size and population. It has experienced phenomenal growth since its inception in 1956 and it is still growing. Beside the main campus in Shah Alam, the university has expanded nationwide with 12 state campuses, 6 satellite campuses in Shah Alam, 11 state satellite campuses and 21 affiliated colleges. With this vast network and a workforce of 17,770, the university offers more than 500 academic programmes in a conducive and vibrant environment. It is also home to some 175,200 students.

To accommodate the increasing number of students, six new branch campuses were completed by 2014, namely Phase 2 of Puncak Alam Campus, Samarahan 2 Campus in Sarawak, Jasin Campus in Melaka, Pasir Gudang Campus in Johor, Seremban Campus in Negeri Sembilan and Tapah 2 Campus in Perak.

UiTM’s plan to strengthen the governance of the university resulted in the establishment of a system called 1 University 2 System ((1U2S). Based on this system, which was approved by the Board of Directors in 2007, there is an anchor university and 12 state universities. With the new system of governance, the university is able to optimise the use of its resources to enhance excellence in research, technology and learning as well as community service.
This year an new vacancies were open for candidates who are willing to works at uitm sarawak.

Saturday, 7 November 2015

PERSOALAN MENGENAI TPM

apa itu tenaga pengajar muda Uitm?
skim biasiswa yang ditawarkan oleh uitm untuk postgraduate study hasil kerjasama antara kpm dan uitm.

bilakah permohonan dibuka?
dibuka setiap tahun mengikut keperluan kekosongan pensyarah

setelah permohona ditutup.bilakah keputusan temuduga akan diberitahu?
paling lama 6 bulan

setelah interview bilakah keputusan akan diberitahu?
paling lama 6 bulan sekiranya tidak mendapat apa2 makluman selepas tarikh itu dianggap tidak berjaya.

bahagian manakah saya patut berurusan mengenai tpm?
fakulti dan jabatan pembangunan, bisiswa dan sumber manusia(JPBSM)

saya baru sahaja tamat belajar diperingkat ijazah sarjana muda.bolehkah saya memohon tpm?
boleh dengan syarat perlu tunggu keputusan semester akhir dan perlu mendapatkan transkrip sementara yang disahkan universiti.

saya dalam tahun akhir master dan dalam proses tunggu viva.bolehkah saya mohon?
tidak boleh kerana keputusan viva belum diketahui.

saya belajar dari universiti lain.bolehkah saya mohon?
boleh

bolehkah saya sambung belajar di universiti lain setelah mendapat tawaran?
boleh

syarat terbaru permohonan tpm 2016 ialah lepas dari senarai peminjam ptptn tegar.apa maksud ptptn tegar?
peminjam yang tidak pernah bayar ptptn.

saya sedang buat master atau phd sekarang.bolehkah saya mohon?
tidak boleh

pointer saya bawah 3.0.bolehkah saya mohon?
tidak boleh kerana mesti 3.0 ke atas.

saya bukan rakyat malaysia.bolehkah saya mohon?
tidak boleh

adakah tpm diberi elaun setiap bulan?
ya

saya pernah ditaja oleh JPA.bolehkah saya apply tpm?
boleh

saya ingin apply bidang yang saya minat tetapi bukan bidang masa saya belajar dlu?
tidak boleh

utk tpm kena belajar fulltime atau part time?
fulltime.

berapakah syarat umur utk apply tpm?
maksimum 30 utuk master dan 35 utk phd

kena ada proposal ke utk apply tpm?
perlu ada untuk phd candidates.

mcm mana nak apply tpm?
melalui online di etpm website

dimanakah saya akan ditempatkan berkhidmat sbg pensyarah setelah tamat belajar nanti?
di semua cawangan uitm mengikut kekosongan.

berapa lamakah masa diambil untuk saya posting setelah habis belajar?
selepas dapat surat senat proses mengambil masa lebih kurang sebulan

apakah yang akan berlaku jika saya tidak tamat belajar?
didenda bayarn pampasan kepada uitm

apakah yang akan berlaku jika saya tidak berkhidmat selama 7 tahun di uitm?
didenda bayaran pampasan kepada uitm.